MAHIADDIN MARAH TAKIYUDDIN ‘PECAH RAHSIA’ KERJASAMA BERSATU-PH BENTUK KERAJAAN

642
SHARES
3.8k
VIEWS

Bukan rahsia lagi bahawa Tan Sri Mahiaddin Yassin dan partinya Bersatu berusaha keras untuk mengelakkan UMNO-Barisan Nasional kembali memerintah. Ini kerana beliau dan Bersatu yang juga sebahagian daripada DAP-Pakatan Harapan yang merosakkan negara selama 22 bulan, khuatir jika UMNO-Barisan Nasional menang pilihan raya dan kembali menjadi kerajaan.

Perkara ini bertentangan dengan ketetapan PAS yang tidak mahu Pakatan Harapan kembali memerintah, walaupun akar umbi PAS sendiri risau pemimpin-pemimpin mereka kelak akan membelakangkan Majlis Syura sekali lagi untuk menyokong Bersatu bersama DAP-Pakatan Harapan membentuk kerajaan. 

Sudahlah akar umbinya dikerah bekerja ‘full swing‘ untuk menjadi jentera kempen Bersatu dan Perikatan Nasional, kini bocor pula niat asal Mahiaddin dan Bersatu yang masih mahu terus bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan termasuk Anwar dan PKR. 

Bagaimanapun, demi memastikan DAP-Pakatan Harapan tidak kembali memerintah, setakat ini PAS tetap tidak mahu bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan. Semoga konsistensi ini diteruskan bagi memastikan DAP-Pakatan Harapan tidak kembali memerintah.

Bagi Mahiaddin dan Bersatu pula yang pernah bersama-sama menaikkan DAP-Pakatan Harapan menjadi kerajaan, dengan mudah mereka boleh bersama sekali lagi untuk memastikan DAP-Pakatan Harapan memerintah dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekaligus menyekat kebangkitan UMNO-Barisan Nasional. 

Pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan menegaskan, “Jika Mahiaddin marahkan Takiyuddin kerana menjadi wakil kerjasama UMNO-Barisan Nasional atas semangat sesama parti Islam, maka kami (PAS) juga boleh marahkan Mahiaddin kerana beliau tidak berhak berunding dengan DAP-Pakatan Harapan bagi pihak Perikatan Nasional yang turut melibatkan PAS selaku parti terbesar dalam gabungan!

Justeru, Takiyuddin sudahpun memberi ‘signal‘ kepada Mahiaddin dan Bersatu, sekaligus memberi amaran buat akar umbi PAS agar bersedia untuk bekerjasama kembali dengan UMNO-Barisan Nasional selepas keputusan PRU-15 diumumkan.

Diharapkan, pemimpin-pemimpin PAS juga dapat memberi signal agar ahli-ahlinya jangan memberi hatta satu undipun kepada Bersatu, kerana satu undi kepada mereka bererti satu undi kepada DAP-Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts