PMO ANWAR TIDAK BOLEH ULANGI KESILAPAN SEPERTI PMO SEBELUMNYA

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Mana-mana pemimpin yang telah, dilantik oleh Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke kabinet tentunya akan memberikan impak kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan, sama ada baik atau buruk setelah negara menunggu lama penyelesaian “political deadlock” yang berlaku sejak tamatnya PRU-15. 

Sungguhpun begitu, lantikan pegawai-pegawai bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri (PMO) juga tidak kurang pentingnya, di mana diharapkan Anwar tidak membuat sebarang “kesilapan tidak perlu” seperti yang berlaku di zaman Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-dua Perdana Menteri ini gagal memanfaatkan PMO untuk menaikkan imej masing-masing serta menjawab pelbagai persoalan yang timbul termasuklah yang melibatkan ahli keluarga mereka.

Sebagai contoh, rujuk artikel, “PMO wajar pertahan Muhyiddin, segera nafi menantu terlibat projek RM1.2 bilion” di pautan; https://editormalaysia.com/21317/

PMO di zaman Mahiaddin juga amat teruk sehingga Seolah-olah pasukan ini sengaja mahu mensabotaj beliau. Rujuk artikel, “PMO sabotaj Mahiaddin?” di pautan; https://editormalaysia.com/23392/

PMO juga gagal teruk dalam memberi penjelasan mengenai isu Mahiaddin tidak mahu menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta tersilap menggunakan alasan ‘diarrhea‘ atau cirit-birit, sedangkan alasan seperti ‘tidak sihat’ adalah jauh lebih baik. Tidak mungkin PMO Mahiaddin terlalu teruk sehingga tidak boleh menggunakan logik bagi mengelakkan Perdana Menteri sendiri dipersenda banyak pihak.

Dalam isu Ismail Sabri pula, imej beliau yang seperti kurang sihat, dilihat tidak bermaya dan gagal berkomunikasi dengan baik terutamanya di luar negara, gagal dibaiki oleh PMO walaupun telah lama dinasihatkan. 

Lebih penting, kedua-dua pasukan PMO yang berkhidmat untuk Mahiaddin dan Ismail Sabri juga gagal menjalankan ‘GSPS‘ atau “gerak saraf, perang saraf” yang berkesan di sebalik pelbagai sumber yang ada. Contohnya walaupun J-KOM berada di belakang mereka sepenuhnya namun ia gagal dimanfaatkan sebaik mungkin. Pelbagai pakar GSPS  di universiti awam juga tidak dipanggil untuk membantu Perdana Menteri dan kerajaan. 

Malah J-KOM di zaman Mahiaddin lebih teruk sehinggakan bertindak seperti ‘cytro‘ murahan serta hanya memuji-muji Perdana Menteri tanpa ketahuan di laman Facebook-nya dan beberapa menteri lain. Contoh kegagalan PMO Mahiaddin ini boleh dilihat ketika pertemuan dengan Presiden Indonesia Jokowi, di mana netizen mengambil kesempatan ‘membelasah’ Mahiaddin. Rujuk pautan di; https://editormalaysia.com/21532/

Bukan itu sahaja, pelbagai lagi masalah melanda yang gagal ditangani sebaik mungkin oleh PMO dan melarat sehingga jentera komunikasinya dikecam. Rujuk artikel, “Rombak segera jentera komunikasi kerajaan PN” di pautan; https://editormalaysia.com/22884/

PMO juga tidak boleh cepat melatah, seperti berlaku di zaman Ismail Sabri. Rujuk artikel, “PMO ‘panas` dengan kritikan pedas Azalina” di pautan; https://editormalaysia.com/26272/

Selain itu, PMO Anwar juga jangan sekali-kali mengulangi kesilapan Ismail Sabri yang entah kenapa sengaja mewarisi penasihat lama Mahiaddin, yang kononnya sudah insaf. Lantikan ini jelas telah menjejaskan beliau kerana banyak perkara penting yang disampaikan kepadanya tidak dimaklumkan kepada Perdana Menteri. Sedangkan ada pakar GSPS yang boleh Perdana Menteri pilih daripada universiti awam tempatan menjadi penasihatnya. Rujuk artikel, “Kepentingan ‘GSPS’ dalam pentadbiran, politik negara” di pautan; https://editormalaysia.com/26791/

Lebih teruk, ada kumpulan daripada PMO dan JPM yang sepatutnya setia kepada Ismail Sabri selaku Perdana Menteri, namun bertindak ‘liar’ mewujudkan ‘war room’ bagi pihak lain.

Rujuk artikel, “Ada berapa ‘war room’ PRU-15 di bawah JPM dan PMO?” di pautan;

https://editormalaysia.com/26749/ serta artikel, “War room Mahiaddin-Agensi Risikan JPM beroperasi di luar pengetahuan Perdana Menteri” di pautan; https://editormalaysia.com/26447/

Anwar dan PMO juga perlu pandai menggerakkan pelbagai jentera dan pasukan yang boleh membantunya sebagai Perdana Menteri. Contoh kesilapan besar dalam hal ini boleh dibaca melalui artikel, “Kenapa PMO tidak gerakan puluhan ribu ‘cytro’ sedia ada pertahan Perdana Menteri?” di pautan; https://editormalaysia.com/21370/

Justeru, Anwar perlu mengawal PMO-nya dan beberapa agensi penting di bawah JPM. Jika perlu, beliau juga boleh mendapatkan pandangan daripada pakar yang mengetahui selok-belok PMO termasuk meminta bantuan abang kepada salah seorang orang kuatnya yang pernah berkhidmat lama di PMO.

Ini membolehkan Anwar mengetahui apa yang berlaku  di PMO serta JPM dan perbandingannya sejak 2018 sehingga kini. Adakah masih ada individu tertentu yang membuat kerja atas kapasiti peribadi termasuk setia kepada Perdana Menteri sebelumnya?

Kesimpulannya, semua contoh kesilapan di atas ini boleh dielakkan jika pegawai-pegawai lantikan di PMO terutamanya pasukan media yang dipilih oleh Perdana Menteri benar-benar tahu membuat kerja dan bukan hanya berlagak menjadi “budak PMO”. Perlukan kematangan dalam berkomunikasi namun yang paling penting jangan sampai memalukan Perdana Menteri – seperti yang berlaku kepada Mahiaddin dan Ismail Sabri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts