MENU RAHMAH WAJAR DILAKSANAKAN DI IPT

136
SHARES
438
VIEWS

Berdasarkan pengumuman yang telah dibuat oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi bahawa inisiatif Menu Rahmah bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah sememangnya wajar dilaksanakan.

Pastinya para mahasiswa amat menanti-nantikan inisiatif ini di IPT selepas pelancarannya oleh KPDN beberapa hari yang lepas yang melibatkan kira-kira 15,000 premis menjual makanan dengan harga RM5.00 bagi satu set hidangan hidangan.

Melalui inisiatif ini, ia dilihat dapat meringankan beban mahasiswa terhadap kos sara hidup yang kian meningkat dan sekaligus dapat memelihara kebajikan mahasiswa.

Sebuah jawatankuasa juga perlu diwujudkan yang melibatkan pihak pengurusan IPT dan mahasiswa bagi memantau harga makanan serta pelaksanaan inisiatif ini dalam memastikan ia sampai kepada mahasiswa.

Kendatipun begitu, inisiatif ini diharap bukanlah bermusim namun tetap diteruskan bagi tempoh jangka panjang.

Muhammad Nazmi Hakimi Bin Mohd EirmanĀ 

Aktivis mahasiswa

Universiti Sains Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts