Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan perasaan kecewanya hari ini apabila tetap ditolak pengundi-pengundi walaupun banyak perkara baik yang telah beliau lakukan untuk memajukan Langkawi.
Beliau yang kalah teruk sehingga kehilangan deposit, sama seperti calon-calon parti Pejuang yang lain semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas, dilihat kerap kecewa kebelakangan ini. Selain kalah, Tun Mahathir juga kecewa apabila pandangan-pandangannya semakin dipinggirkan walaupun beliau seorang negarawan.
Hakikatnya, selagi beliau aktif berpolitik, perasaan kecewa dan dipinggirkan ini perkara biasa, malah Tun Mahathir tentu lebih cekal berbanding ahli politik lain kerana pernah dipecat dua kali. Sekali dipecat UMNO dan kali kedua dipecat Bersatu. Bagi parti ketiganya iaitu Pejuang, beliau bertindak keluar parti. Apapun, semoga Tun Mahathir mendengar pandangan rakyat pula kali ini agar berehat dan memperbanyakkan amal ibadat.
Selain itu, semoga Tun Mahathir boleh kejayaan dengan buku memoirnya yang akan diterbitkan kelak. In Sha Allah.