5 LANGKAH ANWAR ELAK MAHATHIR MENGKHIANATINYA

418
SHARES
2.3k
VIEWS

Majlis Penasihat Kerajaan atau lebih dikenali sebagai ‘Council of Eminent Persons‘ (CEP) yang dibentuk beberapa hari selepas PRU-14 kini dilaporkan berselisih faham dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan terutamanya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sepatutnya dilantik oleh Tun Mahathir mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan, memandangkan beliau merupakan bakal Perdana Menteri kelapan, namun Tun Mahathir memilih Daim untuk mengetuainya.

Anwar pula apabila terasa semakin dipinggirkan, menggunakan pelbagai strategi untuk ‘menyedarkan’ Mahathir.

Langkah Pertama – Sindiran

Melalui Naib Presiden Keadilan, Rafizi Ramli yang kerap menyindir kerajaan Pakatan Harapan secara tidak langsung dan serangan ‘cyber trooper‘ beliau di media sosial.

Langkah Kedua – Menegur terbuka

Melalui Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang menegur CEP secara terang-terangan.

Abdullah Sani mengatakan tujuan Tun Mahathir melanjutkan CEP adalah bukti jawatan Perdana Menteri tidak akan diserahkan kepada Anwar.

Langkah Ketiga – Memberi amaran dalam teguran

Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula meminta Abdullah Sani menunjukkan bukti dan dalam masa yang sama memberi ‘signal’ kepada Mahathir bahawa PKR mempunyai majoriti kerusi berbanding Bersatu.

Langkah Keempat – Menggunakan pengaruh parti lain untuk mendesak

Dijangkakan selepas ini parti DAP dan Amanah akan mula menegur Mahathir secara terbuka untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Langkah Kelima – Anwar mendesak secara terbuka

Akhirnya Anwar yang semakin tertekan akan mendesak Mahathir melepaskan jawatannya lebih awal atau menggenapkannya dua tahun di mana Mahathir yang semakin tua dan tidak larat akhirnya akan terpaksa akur dengan perjanjian asal antara Pemimpin Pakatan Rakyat.

Permainan Mahathir untuk menyingkirkan Anwar

Isu CEP ini adalah permainan Mahathir yang licik memanipulasi keadaan untuk meraih simpati, berbanding Anwar yang bercita-cita tinggi dalam politik namun mula gusar Mahathir akan mengkhianatinya, yang semakin dijarakkan.

Kesimpulan Pertama – Mahathir berjaya, Anwar gagal

Adakah rakyat akan menyaksikan berulangnya peristiwa 1998 jika Anwar dikhianati sekali lagi oleh orang yang sama apabila ada perubahan besar melibatkan ‘grand plan‘ lain untuk menjatuhkan Anwar? Sama ada melalui kesilapan teknikal dalam Pengampunan DiRaja yang sengaja diwujudkan ataupun libatkan Anwar dengan konspirasi lain yang akan membuatkan beliau tidak meneruskan perjuangan.

Kesimpulan Kedua – Mahathir gagal, Anwar berjaya

Atau adakah Anwar berjaya mengatasi rintangan yang disengajakan oleh Mahathir dan akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri kelapan seperti apa yang diimpikan olehnya?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts