GABUNGAN CUKUP KUAT, MAMPU TANGKIS KOMPLOT JATUHKAN KERAJAAN – ANWAR

73
SHARES
236
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan, namun yakin dengan kekuatan empat gabungan yang ada. 

Beliau berkata Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telahpun menyatakan komitmen sebelum ini untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.

Kenyataan tersebut dibuat kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2023 bertemakan “Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI” di sini hari ini.

Anwar turut dipetik berkata bahawa gabungan empat parti politik utama dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis sebarang komplot bagi menjatuhkan Kerajaan Yang DiPertuan Agong. 

Komplot itu ada tetapi tidak ada asas, kita tumpu kerja… tiap bulan ada strategi (usaha menjatuhkan kerajaan).

In Sha Allah setakat kita pantau, keadaan (kerajaan) cukup kuat.” 

Sebagai rekod, empat gabungan politik utama iaitu PH, BN, GPS dan GRS serta Warisan telah menandatangani perjanjian persefahaman pada 16 Disember 2022 bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts