TOK MAT: AGIHAN KERUSI DI 6 NEGERI SELEPAS DUN BUBAR

338
SHARES
2k
VIEWS

Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hasan atau Tok Mat berkata pengagihan kerusi antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat di peringkat pusat di mana proses rundingan mengenainya di enam negeri terlibat masih berjalan.  Tok Mat juga berkata jangan asyik berbincang mengenai kerusi ketika ini tetapi lebih baik difikirkan bagaimana kerjasama antara gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan ini boleh mencipta kemenangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya dan keluarga di Kampung Tanjong, Rantau di Rembau hari ini. Apapun yang penting agar semua pihak dapat bekerjasama dan mampu mengekalkan kemenangan Kerajaan Perpaduan di enam negeri tersebut, walaupun tentangan sengit bakal dihadapi daripada Perikatan Nasional.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts