PESALAH, BANDUAN ADA HAK RAYU PENGAMPUNAN – ANWAR

72
SHARES
232
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa setiap individu yang disabit bersalah atau banduan mempunyai hak untuk merayu pengampunan, yang akan diteliti tanpa prejudis atas dasar belas kasihan. 

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan berkaitan permohonan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak, hari ini. Beliau menambah, bagaimanapun perkara tersebut tidak dibincangkan oleh Ahli Lembaga Pengampunan semasa bertemu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. 

Seperti yang telah saya kata, setiap individu yang disabit atau banduan ada hak untuk merayu dan kita perlu pertimbang kes itu dan menelitinya atas dasar belas kasihan, secara profesional tanpa prejudis.” 

Ini pendirian kita. Tetapi dalam mesyuarat terakhir kita tidak pertimbangkan semasa perbincangan kita dengan Yang DiPertuan Agong.”

Beliau menjelaskan perkara tersebut kepada pihak media selepas sambutan Hari Buruh peringkat Persekutuan di Putrajaya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts