OPR NAIK LAGI, APA MAKNANYA? – DR. RAMALAN YUNUS

97
SHARES
314
VIEWS

Sebagaimana yang telah dijangkakan, walau apapun rintihan kita, BNM tetap akan menaikkan kadar OPR. Memang betul kenyataan Gabenor BNM, apabila kadar OPR dinaikkan, itu menunjukkan ekonomi semakin kukuh.

Cuma soalannya ekonomi siapa yang semakin kukuh itu? Sudah pastilah ekonomi para kapitalis yang menjadi tuan punya kepada sistem kewangan dan perbankan global yang semakin kukuh. Manakala ekonomi rakyat atau masyarakat awam pula akan semakin goyah dan merudum.

Ini kerana mekanisme sistem kewangan dan perbankan yang ada adalah bertujuan untuk menjadikan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Sebagai contoh, apabila rakyat susah. Minta bantuan kepada kerajaan. Kerajaan beri bantuan kewangan. Apabila dapat wang dari kerajaan, rakyat belanjakan wang tersebut dan segala barangan keperluan rakyat terpaksa beli dari para kapitalis. Bukankah para kapitalis juga yang akan semakin kaya nanti ?

Kesimpulannya, dalam keadaan apa sekalipun para kapitalis akan tetap untung. Itulah hakikat yang perlu difahami dan diterima oleh semua orang walaupun pahit dan menyakitkan.

Dalam keadaan seperti hari ini, tidak ada satu pemimpin dan tidak ada satu dasar atau kaedahpun yang mampu mengubah hakikat tersebut. 

Bertukar sepuluh pemimpinpun kalau dari kalangan yang ada pada hari ini, keadaan tetap tidak akan berubah. Ini kerana mereka tidak ada keberanian dan kemampuan untuk mengeluarkan kita semua dari kawalan sistem yang sedang membelenggu pada hari ini. Kemampuan yang mereka ada hanyalah sekadar bergaduh, berebut kuasa dan saling menuding jari untuk menyalahkan antara satu sama lain.

Sistem yang ada pada hari ini sudah terlalu korup. Sebab itu ia perlu ‘direset’ semula atau ‘di-reboot‘ kembali setiap 100 tahun. Proses inilah yang telah dan sedang berlaku di seluruh dunia dan kerana itulah dunia ini perlu di-lockdown atau di-‘shut down‘.

Untuk melakukan proses tersebut, pandemik Covid-19 diperlukan. Maka satu dunia di-lockdown @ di-shut down akibat serangan Covid-19 yang kononnya sangat merbahaya. Tujuannya adalah untuk mereset sistem monetari dan kewangan dunia.

Maka kita sebagai sebuah negara yang sudah seperti lembu yang dicucuk hidungnya oleh para elit global sekadar menuruti sahaja sebarang perintah dan arahan yang diberikan oleh para elit global yang menjadi ‘Tuan Besar’ kita. Kita akan terus menjadi hamba dan akan terus menghambakan diri kita kepada Tuan Besar itu sampai bila-bila.

Keadaan ini hanya akan berubah apabila ada seorang pemimpin di kalangan kita yang bangkit dan berani untuk membuat perubahan besar untuk membebaskan semua dari cengkaman para elit global. Sehingga pemimpin yang seperti ini muncul di tengah-tengah kita maka bertahan dan bersabarlah.

Sementara itu, kita semua perlu sedar bahawa kita tidak ada pilihan lain selain dari berjuang secara bersendirian atau dalam kelompok-kelompok yang kecil.

Untuk melakukan itu, kita perlu mengubah mindset, belajar untuk memahami mekanisme sistem yang digunakan pada hari ini dan gunakan pengetahuan tersebut demi kepentingan diri sendiri. Kita harus berjuang untuk mengeluarkan dan membebaskan diri kita dari sistem perhambaan moden ini.

Pasca plandemik Covid-19, dunia sudah berubah. Oleh yang demikian eloklah kita juga turut berubah sama. Bina mindset baru. Pelajari ilmu dan skil-skil baru dalam dunia baru ini untuk menjana pendapatan. Kenali dunia baru ini dan pelajari kelebihan serta kelemahannya, termasuk peluang dan ancaman yang ada di dalamnya.

Jangan berharap dengan kerajaan. Tidak akan ada kerajaan di dunia pada masa ini yang mampu membela rakyatnya. Ini kerana para pemimpinnya adalah proksi-proksi kepada para elit global. Ini masa terbaik untuk mereset diri dan belajar untuk berdikari. Jadi melaburlah kepada diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum melabur ke tempat lain.

Kesimpulannya, apabila OPR semakin naik maka yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.

Think correctly and act accordingly.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts