BELAJAR DARI DASAR EKONOMI HITLER – DR. RAMALAN YUNUS

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Saya kira saya sudah banyak menulis untuk merespons isu-isu semasa berkaitan dengan isu politik dan ekonomi. Dari pengamatan saya, khalayak saya lebih gemar dengan ulasan politik berbanding ulasan ekonomi. Ini kerana isu politik lebih sensasi berbanding dengan isu ekonomi.

Namun secara peribadi saya merasakan bahawa sepatutnya kita lebih fokus kepada isu-isu pemulihan ekonomi dan kewangan negara. Ini kerana keadaan ekonomi global masih jauh lagi daripada pemulihan.

Malah kemungkinan besar pada tahun hadapan keadaan akan semakin buruk dan dunia bakal mengulangi sejarah “The Great Depression” yang bermula dari runtuhnya nilai pasaran saham di Wall Street Amerika Syarikat pada tahun 1929.

The Great Depression” yang berlangsung selama 10 tahun bermula dari tahun 1929 hingga ke tahun 1939. Pada masa itu kadar GDP global menurun sehingga 26.7 peratus dan kadar pengangguran global meningkat sehingga 24.9 peratus.

Dalam keadaan dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi yang teruk pada ketika itu, ada peristiwa menarik yang berlaku di negara Jerman yang jarang diberi perhatian oleh masyarakat dunia.

Peristiwa menarik itu ialah kemunculan Adolf Hitler sebagai pemimpin tertinggi atau Kaunselor negara Jerman pada tahun 1933 sehingga beliau membunuh diri pada tahun 1945.

Beliau seorang pemimpin yang mempunyai ideologi radikal yang bangkit dari Partai Buruh Sosialis Nasional Jerman atau lebih dikenal dengan istilah Nazi.

Namun apa yang ingin saya ulas dalam nota-nota saya seterusnya mengenai Adolf Hitler bukanlah mengenai ideologi politiknya tetapi adalah mengenai dasar-dasar ekonominya yang luar biasa.

Ini kerana hanya dalam tempoh 6 tahun sahaja Adolf Hitler telah berjaya menjadikan negara Jerman sebagai sebuah negara yang paling kaya di dunia.

Bukankah itu boleh kita sifatkan sebagai satu keajaiban dalam bidang ekonomi dan kewangan dari Adolf Hitler yang lebih terkenal sebagai seorang diktator yang telah menyebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua?

Jadi bagi saya apa salahnya sekiranya kita menganalisa dasar-dasar ekonomi dan kewangan Adolf Hitler dan belajar sesuatu darinya.  Dari situ mungkin kita boleh membuat perbandingan antara dasar-dasar ekonomi dan kewangan Adolf Hitler serta dasar-dasar ekonomi dan kewangan Islam.

Ini kerana ada banyak pihak yang agak sinis dengan idea saya untuk menjadikan Pulau Borneo sebagai Pusat Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Sedunia dalam era islah dan tajdid atau restorasi dan transformasi ini.

Saya tidak bermaksud untuk menghuraikan secara detail, memadai sekadar untuk menyokong doktrin saya mengenai “the great crisis comes with the great opportunity.

Jadi ikuti nota-nota saya seterusnya agar kita sama-sama dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Adolf Hitler sehingga mampu menghasilkan satu keajaiban pada zamannya.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts