OWNERSHIP OR OWNERSHIT? – DR. RAMALAN YUNUS

88
SHARES
285
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Negara Malaysia adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Sejauh mana benarnya kenyataan tersebut namun sekurang-kurangnya itulah yang diyakini oleh majoriti rakyat Malaysia.

Dengan hutang yang sudah berjumlah RM1.5 trilion dan belanjawan defisit semenjak tahun 1998 lagi maka adakah benar Malaysia ini masih milik kita sebagai rakyat Malaysia?

Agak-agaknya bila kita akan dapat merasai belanjawan yang surplus? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi atau mungkin 15 ke 20 tahun lagi? Bagaimana pula dengan hutang negara yang sudah berjumlah RM1.5 trilion itu?

Berapa keturunan anak cucu kita nanti baru kita mampu melangsaikan hutang negara yang sebesar itu? Atau mungkin sampai kiamatpun kita tidak akan mampu melunaskan hutang tersebut? Bagaimana kalau kita sudah tidak mampu melunaskannya? Sudah pasti kita akan menjadi sebuah negara yang muflis.

Lalu masih adakah lagi kemerdekaan dan kedaulatan? Adakah negara kita ini masih lagi milik kita? Bukankah keadaan ekonomi hari ini semakin hari semakin teruk? Kita pula semakin hari semakin bertambah miskin. Manakala kerajaan pula dilihat belum ada apa-apa perancangan yang meyakinkan untuk memulihkan kembali keadaan ekonomi negara.

Apakah kita mahu terus kekal dalam keadaan seperti ini? Kita tidak akan mampu mengubah nasib negara kita kerana pentadbiran negara ini dikuasai oleh para elit politik yang tidak pernah memikirkan nasib kita dan generasi seterusnya.

Lalu apa yang harus kita lakukan? Paling utama, kita perlu memahami terlebih dahulu apa yang sebenarnya sedang berlaku. Untuk makluman semua, tujuan plandemik Covid-19 adalah untuk mereset sistem monetari global dan untuk mengimplementasikan mawatang digital.

Tidak lama lagi akan muncul Central Bank Digital Currency (CBDC) atau Matawang Digital Bank Pusat. Tiap-tiap negara akan mengeluarkan CBDC mereka sendiri. Adakah ia tidak untuk kita? Ya, sememangnya tidak baik dan akan lebih parah lagi nanti.

You own nothing but you’re happy.

Kita akan terus terperangkap dalam ‘scam‘ sistem monetari dan kewangan ciptaan para elit global. Inilah ‘sihir’ Dajjal yang akan terus melalaikan kita dan membuai kita dengan mimpi-mimpi indah di siang hari.

Sedangkan pada hakikatnya kita akan terus menjadi hamba kepada para elit global. Begitu juga dengan anak cucu kita nanti. Lalu apa yang harus kita lakukan untuk keluar dari sistem perhambaan ciptaan para elit global ini?

Kita tidak ada pilihan lain selain dari membina komuniti kita sendiri, mewujudkan decentralized financial system dengan menggunakan teknologi blockchain dan mulai menggunakan matawang kripto sebagai alat tukar atau medium of exchange.

Ini sebagai counter-narrative atau kaedah untuk keluar dari cengkaman para elit global. Ini spring board atau papan anjal untuk kita keluar dari kepungan sistem perhambaan modern para elit global. Tidak ada cara lain.

Oleh kerana itu banyak negara berusaha untuk menghalang dan mengharamkan kripto. Namun demi survival dan meneruskan kelangsungan hidup kita dalam zaman digital ini, kita perlukan mindset baru, ilmu baru serta skillset baru untuk menjana pelbagai jenis pendapatan secara digital atau online.

Tinggalkan ideologi makan gaji. Itu ideologi yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Menjelang 2030, hampir 50 peratus pekerjaan akan diambil alih oleh teknologi AI, robotik dan automasi. 

Ingat! Sebesar manapun gaji anda, anda tidak akan menikmati kebebasan kewangan sampai bila-bila. Lebih parah lagi semakin hari anda akan menjadi semakin miskin kerana dimiskinkan oleh sebuah sistem.

You nothing but you’re happy.

Berusahalah keluar dari sistem ini. Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh para elit global? Sampai bila kita mahu menjadi hamba kepada mereka?

Think correctly and act accordingly

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis Politik & Ekonomi Bebas

7 Mei 2023

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts