AS, ARAB SAUDI BINCANG PROJEK KERETA API UNTUK HUBUNG ASIA BARAT

67
SHARES
215
VIEWS

Penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan India akan membincangkan projek bersama untuk menghubungkan negara-negara Teluk, negara Arab dan India melalui rangkaian kereta api, menurut laman sesawang berita Amerika.

Penasihat keselamatan AS, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan India pada Ahad membincangkan kemungkinan menjayakan projek infrastruktur bersama utama itu,” menurut Axios, memetik dua sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai rancangan itu.

Projek itu merupakan antara inisiatif utama yang mahu dilaksanakan oleh Rumah Putih di Asia Barat susulan pengaruh China yang semakin berkembang di rantau itu, menurut laman sesawang berkenaan.

Asia Barat merupakan kawasan penting dalam inisiatif Jalur dan Jalan China, satu projek besar China yang dibina di atas runtuhan Jalan Sutera purba, bertujuan untuk menghubungkan China dengan seluruh dunia melalui pembinaan infrastruktur.

Seorang pegawai AS yang tidak dinamakan memberitahu Axios bahawa projek kereta api itu akan menjadi antara topik perbincangan semasa lawatan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan ke Arab Saudi.

Sullivan akan berbincang dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan pegawai Saudi yang lain mengenai hubungan dua hala antara Arab Saudi dan AS, isu serantau dan kemungkinan langkah normalisasi selanjutnya hubungan antara Arab Saudi dan Israel,” menurut seorang lagi pegawai.

Belum ada sebarang ulasan daripada para pegawai dari empat negara berkenaan mengenai laporan AS itu.

Bernama

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts