• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PAS PERASAN ‘KING MAKER’, SAMPAI LUPA PERANAN DAN PENGARUH BESAR SARAWAK

Sarawak kekal menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, tidak mahu terlibat sebarang gerakan di Semenanjung

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
May 8, 2023
in Rencana, Utama
0
PAS PERASAN ‘KING MAKER’, SAMPAI LUPA PERANAN DAN PENGARUH BESAR SARAWAK
14
SHARES
155
VIEWS

Realiti hari ini semua pihak mahu mengaku sebagai ‘King Maker‘, kononnya mereka inilah penentu kepada pemerintahan negara melalui jumlah kerusi yang ada. Antaranya PAS yang sejak dahulu asyik perasan merekalah King Maker sedangkan sekalipun mereka tidak pernah mampu menjadi seperti apa yang diangan-angankan.

Lihatlah senario di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas, PAS tiada kekuatanpun untuk membantu UMNO melalui jumlah kerusi yang ada untuk mengelakkan Pakatan Harapan memerintah.

Sama juga ketika PRU-15, mereka tidak mampupun membantu Perikatan Nasional menjadi kerajaan sebaliknya UMNO-Barisan Nasional yang hanya mempunyai 30 kerusi itulah yang menjadi King Maker, bukannya PAS.

PAS ketika itu bukan sahaja kempunan menjadi kerajaan tetapi termalu sendiri apabila Haji Hadi dengan yakinnya menjadi ahli politik pertama membuat pengumuman di televisyen bahawa kononnya Perikatan Nasional bakal menjadi kerajaan.

Namun Allah Taala membuat ketetapan lain di sebalik perancangan para alim ulama PAS yang kemaruk dan tidak sabar memerintah. Ketetapan Allah Taala membuktikan angkat 73 atau 42 kerusi milik PAS tidak bermakna dan tiada kuasa sebagai King Maker, sebaliknya angka 30 milik UMNO-Barisan Nasional menjadi penentu segala.

Sama seperti hari ini, PAS dan penyokong-penyokongnya dilihat masih merasakan mereka masih King Maker sedangkan tanpa sokongan UMNO-Barisan Nasional dan GPS daripada Sarawak, Perikatan Nasional tidak akan mampu membuat apa-apa.

Tetapi Bersatu sedar siapa King Maker sebenar iaitu Sarawak bukan lagi UMNO-Barisan Nasional. Ini kerana gerakan mengambil alih UMNO melalui pemimpin-pemimpin proksi sedang galak dijalankan. Tidak seperti PAS, Bersatu walaupun dilihat agak gopoh, terlihat cerdik sedikit untuk berunding dengan pihak yang mempunyai kuasa sebagai King Maker.

PAS pula asyik beretorik basi mengajak Tun Mahathir bersama mereka walaupun ‘bargaining power‘ tiada pada ahli politik berusia 98 tahun tersebut. Ini kerana partinya bukan sahaja tidak mempunyai kerusi, tetapi juga telah dimalukan teruk oleh pengundi-pengundi sendiri sehingga kesemua mereka kehilangan wang deposit masing-masing.

PAS cuba juga berunding dengan Tun Daim Zainuddin, tetapi khabarnya permintaan mereka ditolak mentah-mentah dan bukannya diterima baik olehnya. Tun Daim sudi menerima kunjungan dan menyantuni mereka tetapi pertemuan itu dimainkan sebaik mungkin oleh PAS walaupun realitinya tidak seperti yang dilihat dan dicanangkan oleh mereka. 

Perjumpaan dan majlis menandatangan Proklamasi Orang Melayu dengan Tun Mahathir juga tidak disukai oleh penyokong-penyokong PAS sendiri dan kerana itulah Hadi terpaksa mengeluarkan dalil kononnya itulah “asas perjuangan Islam dan apa yang Rasulullah SAW lakukan” walaupun ia tidak benar.

Tiada dalam sirah Baginda yang memperjuangkan bangsa dan kaum sendiri dan Hadi dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata kerana khuatir ia menjadi fitnah ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

Apapun, PAS perlu muhasabah, tidak perlu perasan sebagai King Maker, tiada guna dan manfaatpun mahu mendabik dada. Sebaliknya terimalah hakikat bahawa kini Sarawaklah penentu sebenar kepada keutuhan kerajaan, bersama UMNO-Barisan Nasional yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, pihak tertentu sama ada Perikatan Nasional atau kem Tun Mahathir yang mahu ‘mencucuk’ dan melaga-lagakan Sarawak dan kerajaan pusat di Semenanjung, termasuk menggunakan nama Astana Sarawak juga diminta berhati-hati dan berhenti berbuat demikian.

Tiada langsung isu tuduhan Pandora Papers yang dikaitkan dengan TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, yang hanya dimainkan untuk membuatkan kedua-dua pihak saling mencurigai, dalam permainan saraf yang tidakpun menjadi.

Lagipun bukankah sepupu Tun Taib sendiri iaitu Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi telah dilantik sebagai salah seorang anggota badan penasihat khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican, yang jelas membuktikan hubungan erat antara keduanya.

Rujuk pautan di; https://ukas.sarawak.gov.my/2023/02/08/datuk-amar-abdul-hamed-sepawi-dilantik-anggotai-badan-penasihat-khas-kepada-menteri-kewangan/

Termasuk isu Perikatan Nasional memperlekeh Premier yang hanya menunggu masa untuk dibongkarkan sekiranya solidariti dan sokongan Sarawak dipermainkan, tentu ada tindak balas sesuai dengan fitnah dan tuduhan yang dimainkan.  Malah kini ia sudahpun dibongkarkan oleh pihak risikan domestik Sarawak yang bergerak pantas menghalang berita tidak benar yang sudahpun tersebar demi melaga-lagakan semua pihak. 

Jangan lupa, Sarawak juga tahu mainan saraf Perikatan Nasional yang memperguna nama Istana kononnya gerakan menumbangkan kerajaan mendapat perkenan YDP Agong – kerana ini merupakan kesalahan besar menuduh baginda terlibat ‘kudeta’, malah boleh terus merujuk kepada pihak Istana sendiri jika masih ragu-ragu. Sedangkan hubungan Anwar dan Istana sudah cukup baik namun berani juga mereka mahu  memperdaya Sarawak. 

Lebih jelas, Sarawak juga sudah bertegas kekal bersama Kerajaan Perpaduan, justeru jangan ada mana-mana pihak ketika ini mempergunakan nama blok Sarawak, sama ada GPS, PBB dan Astana Sarawak. Anwar juga mempunyai 148 tandatangan menyokongnya, maka jelas keutuhan kerajaan ini masih mampu dikekalkan. 

Justeru, PAS perlu belajar daripada Sarawak yang berbilang kaum, mempunyai tiga bangsa terbesar iaitu Dayak, Melayu-Melanau dan juga Cina. Sarawak tidak pernahpun memperguna agama atau kaum untuk kepentingan diri bagi meraih sokongan pengundi-pengundinya, sebaliknya mereka hanya berkhidmat semata-mata demi rakyat. 

Sarawak tidak hipokrit seperti PAS yang asyik perasan sebagai King Maker tetapi apabila menjadi kerajaan, tidak rasa malu dan berdosa diberi jawatan, namun tidakpun membuat kerja seperti diamanahkan. 

Sungguh memalukan. 

Tags: Abang JohariAstana SarawakHadi AwangPASSarawakTun Taib Mahmud
Previous Post

AS, ARAB SAUDI BINCANG PROJEK KERETA API UNTUK HUBUNG ASIA BARAT

Next Post

SULTAN BRUNEI BERANGKAT MENINGGALKAN LONDON

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

June 2, 2023
TAWARAN PAS SERTAI KERAJAAN, REKAAN ATAU IGAUAN?

TAWARAN PAS SERTAI KERAJAAN, REKAAN ATAU IGAUAN?

May 31, 2023
YAKIN KUASAI 4 NEGERI, PAS KINI MAHU JAWATAN MB SELANGOR

YAKIN KUASAI 4 NEGERI, PAS KINI MAHU JAWATAN MB SELANGOR

May 31, 2023
PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

May 30, 2023
PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

May 30, 2023
2013: HAJI HADI KATA ISLAM TIDAK HALANG PENGANUT AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM AMALAN

2013: HAJI HADI KATA ISLAM TIDAK HALANG PENGANUT AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM AMALAN

May 28, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In