Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023, Presiden PKR itu dilihat masih menyindir UMNO dengan berbagai ungkapan.
Puad turut menyindir dengan berkata bahawa, “Itu bermakna dia (Anwar) beri lampu hijau bahawa kepimpinan beliau sebagai PMX juga terbuka untuk dikritik dan disindir sindir oleh UMNO. Walaupun dulu lawan sekarang kawan.”
“Bahkan penyokong PH beberapa kali melaungkan ‘Reformasi’ ketika Anwar sedang berucap. Mujur penyokong BN tidak membalas dengan ‘Reforbasi’. Itu berlaku ketika debat Najib-Anwar di MATIC Mei 2022.”
Puad turut berkata, para penyokong Barisan Nasional bersikap ‘gentleman‘ pada hari tersebut. Menurutnya, sekarang di bahu Anwar ada beban untuk melakukan pembaharuan institusi kerana kuasa penuh di tangan beliau.
Puad juga berkata semoga dengan penyambungan kontrak KP SPRM Tan Sri Azam Baki yang dikritik pelbagai pihak serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun tidak merencat pembaharuan institusi.
Jika tidak menurutnya laungan ‘reformasi’ anwar dan PKR selama ini hanyalah retorik dan memang ‘reforbasi’.