KALIMAH ALLAH EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEBAGAI MANA KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN 2014

362
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam di Malaysia telah dinoktahkan oleh Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Apandi Ali pada 2013 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Arifin Zakaria pada 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur.

Justeru, tiada isu berbangkit bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain dalam konteks Malaysia. Apatah lagi dengan adanya enakmen-enakmen peringkat negeri yang memberi perlindungan terhadap hak eksklusif umat Islam di Malaysia dalam menggunakan kalimah Allah.

2. Adapun isu kes Mahkamah Tinggi melibatkan Jill Ireland mencabar tindakan pegawai kastam yang merampas 8 cakera padat audio pendidikan Kristian daripada Indonesia yang mempunyai kalimah Allah pada tajuknya pada 11 Mei 2008 dengan dakwaan bahawa CD tersebut untuk kegunaan peribadinya, ia tetap tidak akan mengubah hak mutlak orang Islam menggunakan kalimah Allah dalam negara ini sebagaimana disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Malah dalam penghakiman kes Jill Ireland ini Hakim menegaskan beliau tidak akan menyentuh mengenai hak penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam yang menjadi kontroversi.

3. Namun begitu, Majlis Ulama UMNO berpendirian bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland ini telah terkhilaf membuat keputusan dan sangat wajar untuk kes ini diteruskan di peringkat Mahkamah Rayuan. Kita berharap kerajaan melakukan yang terbaik selaras dengan peruntukan undang-undang bagi membetulkan kekhilafan di Mahkamah Tinggi.

Majlis Ulama UMNO

Selasa 16 Mei 2023

Rujuk kenyataan tersebut di laman Facebook mereka di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=187882794199739&id=100089340594125&mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts