Menurut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik Covid-19 telah meragut nyawa 336.8 juta di seluruh dunia.
Daripada jumlah tersebut, sejumlah 14.9 juta kematian akibat pandemik ini berlaku pada 2020 dan 2021 sahaja. Anggaran ini ada dimuatkan dalam buku tahunan statistik WHO yang disiarkan pada Jumaat.
Menurut WHO, pandemik ini turut memberi kesan negatif terhadap usaha global menentang penyakit berjangkit lain kerana vaksinasi dan perkhidmatan kesihatan lain terganggu.
Ini mengakibatkan kadar vaksinasi terhadap campak, tetanus dan penyakit lain telah menurun, manakala penyakit malaria dan batuk kering telah meningkat.
Apapun, usaha atas vaksin tetapi yakin hanya Allah yang bagi sembuh. Sama juga ada yang takut mudarat bila ambil vaksin, tetapi hakikatnya yang beri manfaat beri mudarat hanyalah Allah.
Yang utama, kita kena yakin bahawa segala penyakit datangnya dari Allah dan kepadaNYA jualah kita berserah dan bergantung harapan.