HIPOKRASI PERIKATAN NASIONAL DALAM ISU NAJIB

92
SHARES
297
VIEWS

Dijangkakan, tekanan dan desakan ke atas Kerajaan Perpaduan termasuk ke atas Presiden UMNO agar berundur akan dilipatgandakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Selepas keputusan PRN yang meletakkan populariti Perikatan Nasional jauh ke hadapan, desakan daripada dalam meminta Zahid bertanggungjawab dan berundur akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin peringkat pusat dan bahagian yang pro Perikatan Nasional.

Selain itu, cubaan melaga-lagakan Presiden dan bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak juga sedang giat dilakukan, kononnya UMNO sendiri tidak membela bekas pemimpinnya yang dipenjarakan, dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional berpura-pura menunjukkan solidaritinya kepada Najib.

Jika termakan umpan dan perkara ini ini dibiarkan berlaku, kumpulan pro Perikatan Nasional akan ‘mengambil alih’ UMNO dan ini tentu akan memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan.

Walhal rakyat belum lupa, di zaman merekalah perancangan memenjarakan Najib diteruskan, termasuk wujudnya perjanjian sulit antara Datuk Sri Ismail Sabri dan Tan Sri Mahiaddin Yassin agar kes mahkamah Zahid dan Najib dipercepatkan.

Jika ini mahu dikatakan sebagai fitnah, kenapa sehingga kini Ismail masih takut untuk mendedahkan butiran perjanjian tersebut kepada umum? Sungguhpun begitu, ia telahpun diketahui ramai apabila sebahagian butirannya telah didedahkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Hakikatnya Perikatan Nasional hanya berpura-pura mengasihani Najib, dalam masa yang sama tidak mahupun beliau menerima penghakiman yang adil.

Justeru, jika benarlah Perikatan Nasional jujur, kenapa tidak betulkan perkara ini dahulu? Serta jika mereka benar-benar hebat ketika menjadi kerajaan, kenapakah banyak perniagaan yang tutup serta ramai yang jatuh bankrap dan peratusan membunuh diri juga meningkat?

Lebih teruk, Mahiaddin sendiri tidak mampu memerintah sehingga habis penggalnya, sehingga terpaksa menggunakan khidmat Perdana Menteri boneka.

Bukankah ini sudah cukup membuktikan bahawasanya Perikatan Nasional ini benar-benar hipokrit dan tidak boleh dipercayai?

Semoga tidak ada sesiapa yang terjatuh ke dalam lubang yang sama sekali lagi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts