ROMBAKAN KABINET SELEPAS PRN 6 NEGERI?

83
SHARES
267
VIEWS

Desas-desus semakin kuat kedengaran mengenai rombakan kabinet selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak, hatta pelbagai portal mula menyiarkan spekulasi ini secara berterusan.

Buat pertama kali Editor Malaysia mengulas mengenai ‘spekulasi’ ini, di mana maklumat dalaman yang diterima yang disalurkan khusus kepada ketua bahagian risikan domestik (BRD) di agensi berita, mengesahkan akan berlaku pertukaran seperti yang dinyatakan.

Rombakan yang akan berlaku juga bakal melibatkan beberapa kementerian, jabatan dan bahagian tertentu dalam kerajaan. Ini bagi ‘mengemas’kan struktur dan organisasi sedia ada agar keberkesanan dan ketelusan dapat diutamakan, sekaligus mampu melicinkan perkhidmatan. 

BRD bertanya mengenai Menteri dan Timbalan Menteri dari parti  yang akan terlibat dalam rombakan tersebut dan jawapannya ialah, “Semua parti akan terlibat (termasuk di Sabah dan Sarawak), namun setiap Presiden atau Ketua Parti akan dimaklumkan terlebih dahulu beserta alasan dan tujuannya.

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata pada sidang media selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi, iaitu jika sesiapa ada cadangan, sila tulis kepadanya dan beliau akan beri pertimbangan yang sebaiknya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts