2013: HAJI HADI KATA ISLAM TIDAK HALANG PENGANUT AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM AMALAN

348
SHARES
2k
VIEWS

Kata Hadi pada 2013, penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan, termasuk dalam bible, tetapi dalam masa yang sama beliau berkata;

Selain itu Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.

Jelas agak mengelirukan kenyataan Hadi ketika itu, namun tentunya Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan tersebut yang dibuat pada 2013.

Rujuk kenyataan beliau di pautan; https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/01/09/bukan-islam-boleh-guna-kalimah-allah–hadi

Jika kenyataan yang disiarkan media ini palsu ataupun diputar-belit, sehingga kini tiada sebarang penafian daripada Hadi mahupun PAS. Juga tiada sebarang tuntutan meminta pihak media yang melaporkannya pada 2013 untuk menarik kembali berita yang telah disiarkan. 

Selain itu apabila keputusan Haji Hadi dan PAS dilihat tidak selari dengan titah Sultan Selangor yang konsisten melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Hadi enggan mengulas tetapi kata mereka konsisten dengan kenyataan yang dibuat pada 2010.

Diminta mengulas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Hadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Cukuplah dengan kenyataan saya sebelum ini… PAS konsisten dengan pendirian dalam isu ini seperti yang dikeluarkan pada 4 Januari 2010.

Adakah ini bermakna Haji Hadi dan PAS membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka sejak 2010? 

Rujuk kenyataan Hadi yang disiarkan pada Januari 2010;

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”

Walau bagaimanapun penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/05/elak-salah-guna-kalimah-allah–hadi

Dewan Ulama PAS sendiri pada 2013 tidak setuju kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, namun nampaknya Haji Hadi mempunyai kuasa veto dan Dewan Ulama ini hanyalah ‘hiasan’ semata-mata.

Namun demikian menurut Harun (Ustaz Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat) pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan.

Beliau berkata, “harus dilarang sama sekali dalam apa jua keadaan” – jelas tidak bersetuju dengan Hadi yang membenarkan orang bukan Islam menggunakannya dalam amalan mereka. Rujuk pautan;

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/01/10/ulama-pas-tetap-tidak-setuju-bukan-islam-guna-kalimah-allah

Mufti Kelantan juga tidak setuju kerana jelas sememangnya orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah sama sekali. Rujuk kenyataan Mufti Kelantan pada 6 Februari 2013;

Mohamad Shukri berkata Islam melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam berdasarkan kaedah ‘saatuzariah’ iaitu pencegahan daripada terus berlaku benda yang diharamkan Islam.

Beliau berkata semua pihak perlu mengenepikan agenda politik masing-masing dan tidak mempersenda agama Islam yang mana politik sepatutnya dijadikan alat untuk memperjuang agama Islam.

Rujuk pautan;

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/02/06/hentikan-polemik-kalimah-allah–mufti-kelantan

Kesimpulannya, orang bukan Islam tidak boleh dibenarkan sama sekali menggunakan kalimah Allah sama ada dalam bible, ibadat ataupun amalan mereka. Ini kerana bagi mereka ‘Allah’ ini hanyalah perkataan, tetapi bagi umat Islam ia satu ‘kalimah’.

Ia wajib dipertahan dalam apa jua keadaan dan jangan sama sekali beri ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Ini kerana dalam kitab Injil atau bible asal mereka sendiri tidak menggunakan kalimah ini. 

Jika ada, cuba tanya kenapa Vatican sendiri tidak guna kalimah Allah, sama ada dalam kitab, ibadat atau apapun dalam amalan mereka? Jika ada, tentu satu dunia ketika ini sedang menggunakannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts