PERDANA MENTERI MAHU LEBUHRAYA PAN BORNEO HASIL USAHA KERAJAAN BN DISELESAIKAN SECARA ‘FAST TRACK’

84
SHARES
270
VIEWS

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan semalam, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim komited mahu Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak diselesaikan segera secara ‘fast track‘ atau laluan pantas.

Projek tersebut yang telah dimulakan pada Julai 2016 melibatkan 35 pakej kerja sepanjang 706 kilometer, bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin sehingga ke Tawau.

Sungguhpun begitu, pembinaannya terencat apabila pertukaran kerajaan berlaku dari zaman Tun Mahathir, Tan, Sri Mahiaddin dan kepada Datuk Seri Ismail Sabri, ia masih tidak dilakukan secara pantas bagi memulihkan kembali pembinaannya mengikut jadual. Sebagai rekod, fasa pertama lebuh raya sepanjang lebih 2,000 kilometer merentasi bahagian utara Pulau Borneo itu hampir siap sepenuhnya.

Apapun ucapan tahniah dan syabas perlu diberikan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang memulakan projek Lebuhraya Pan Borneo sebelum ini serta Kerajaan Perpaduan yang komited menyegerakannya demi manfaat dan memudahkan rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts