MEDIA BARAT ‘BERKEMPEN’ MENENTANG ERDOGAN SEBELUM, SEMASA PILIHAN RAYA

76
SHARES
246
VIEWS

Di sebalik kisah Presiden Turkiye Reccep Tayyib Erdogan yang baru sahaja memenangi Pilihan Raya Penentu pada 28 Mei lepas, tanpa sedar beliau dilihat ‘senasib’ dengan Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak apabila diserang teruk oleh media barat sebelum dan semasa pilihan raya. 

Erdogan yang menentang Kemal Kilicdaroglu menerima tentangan sengit sebelum diisytihar menang tipis dengan kelebihan empat peratus menentang pemimpin pembangkang sekular tersebut, itupun hanya selepas ditentukan melalui Pilihan Raya Penentu. Jika tidak, mungkin beliau juga akan menerima nasib seperti Najib yang kalah setelah ditentang hebat dari dalam dan juga luar negara. 

Ironinya sepanjang kempen, Kemal menuduh Erdogan menyokong pengganas dan menyebarkan maklumat salah namun dalam masa yang sama beliau sendiri seolah-olah mendapat bantuan media barat yang turut ‘berkempen’ menentang Erdogan. Bukankah ini jelas mengancam keselamatan negara apabila ada usaha bersekongkol dengan pihak luar bagi menumbangkan kerajaan sedia ada? 

Seperti Najib, media dalam negara pro pembangkang serta media barat dilihat sehari sejiwa menentang Erdogan malah tanpa segan silu lagi mempromosikan Kemal yang dilihat sekular dan mewarisi pemikiran Atartuk.

The Economist menjadi antara media barat yang terang-terangan meminta rakyat Turki memilih pembangkang dan menolak Erdogan. Begitu juga The Guardian, Independent, apatah lagi WSJ yang cuba menjadi juara agar rakyat menolak Erdogan dan memilih Kemal atas dakwaan beliau mengamalkan pemerintahan diktator, korupsi dan pelbagai lagi dakwaan untuk meracuni pemikiran rakyat Turkiye. 

Seperti di Malaysia, rakyat Malaysia belum lupa pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di mana Daniel Twinning dari IRI terang-terangan dengan bangga mengakui menyokong, memberi dana dan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.

Beliau menggunakan istilah “a long game” di mana jelas pihak di belakang International Republican Institute yang biasanya dikaitkan dengan CIA, tidak kisah mengeluarkan belanja yang besar untuk satu jangka masa yang lama asalkan dasar-dasar dan nilai-nilai sebuah negara itu dapat dirosakkan dan pemimpin-pemimpinnya dibonekakan. 

Tidak mengejutkan apabila IRI juga telah bertapak lama di Turkiye, termasuk bekerjasama dengan Türkiye Büyük Millet Meclisi (TBMM) atau seumpama Parlimen di sesetengah negara, kononnya menjadi penyedia latihan, menasihati dasar dan polisinya. 

Menepati tujuan utamanya di negara itu iaitu, “IRI mempromosikan persaingan politik dengan membantu pemimpin dalam pembangunan dasar dan advokasi, selain memupuk pemimpin generasi baharu.”

“Tulang belakang program IRI di Turki ialah dalam pendapat umum, penyelidikan dan analisis dasar” – yang jelas tentu mereka ini tidak menjadi ‘konsultan’ kepada kerajaan Turkiye pimpinan Erdogan, tetapi membantu pembangkang, sama seperti yang berlaku di Malaysia.

Justeru, bukan sahaja media barat dilihat pro pembangkang secara keterlaluan, badan kajian seperti IRI juga “menangguk di air keruh” bagi menumbangkan kerajaan Erdogan.

Cuma kali ini beliau bernasib baik berjaya menang tipis mengatasi Kemal Kilicdaroglu, itupun terpaksa melalui Pilihan Raya Penentu, apabila Pilihan Raya Presidennya gagal menentukan pemimpin manakah yang dipilih oleh rakyat Turkiye.

Apapun, tahniah kepada Erdogan dan kerajaannya yang berjaya menggagalkan rancangan media barat dan IRI. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts