MALAYSIA-TURKIYE PERKUKUH HUBUNGAN PERDAGANGAN DUA HALA

336
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran Independent Industrialists and Businessmen’s Association (MUSIAD) sempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat daripada Republik Türkiye, malam tadi.

YAB Perdana Menteri turut berkesempatan berjumpa Duta Republik Türkiye ke Malaysia TYT Emir Salim Yuksel, Naib Pengerusi MUSIAD Mr. Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysia Mr. Sabri Yardimci.

Turut hadir Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan agensi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Republik Türkiye kekal menjadi salah satu rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat. Pada tahun 2022, Türkiye merupakan rakan dagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan sumber import keenam terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan perdagangan dua hala berjumlah USD4.62 bilion (RM20.25 bilion).

Sehingga kini sejumlah enam projek pembuatan dengan pelaburan Republik Türkiye telah dilaksanakan di Malaysia, dengan jumlah pelaburan bernilai USD123.2 juta (RM429.2 juta).

YAB Perdana Menteri memberi jaminan Malaysia akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) antara Malaysia dan Republik Türkiye, serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di Malaysia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts