YAB PERDANA MENTERI BERTEMU GABENOR BNM BAHARU

336
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank Negara yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour di pejabatnya hari ini.

Datuk Shaik bakal mengambil alih jawatan Gabenor dari Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus yang akan menamatkan khidmat baktinya pada akhir bulan ini.

YAB Perdana Menteri menzahirkan rasa keyakinan yang tinggi kepada beliau dalam meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil, dan ia pastinya akan ditingkatkan agar kedudukan kewangan negara menjadi lebih baik, kukuh dan stabil.

Beliau juga utus penghargaan buat Nor Shamsiah atas jasa bakti beliau mengemudi Bank Negara Malaysia (BNM) terutamanya ketika negara melalui saat-saat sukar dan getir sepanjang tempoh wabak menyerang.

YAB Perdana Menteri yakin dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Datuk Shaik selaku Gabenor yang baharu dalam mendepani tantangan semasa lantas mencipta lonjakan yang baharu buat negara tercinta.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts