Bermula 19 Jun 2023, persatuan penduduk seluruh negara sudah boleh membuat permohonan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) menerusi sistem eROSES. Sebanyak RM20 juta peruntukan disediakan oleh kerajaan dan disalurkan melalui Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Objektif GPPK adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti dan meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat. Persatuan penduduk digesa bagi mengambil kesempatan ini untuk membuat permohonan dan memanfaatkan geran tersebut.
Geran ini akan memberi manfaat kepada 2,000 persatuan penduduk yang setiap satunya layak menerima sehingga RM10,000 bagi menggerakkan kegiatan dalam komuniti khususnya yang terkait dengan membina kesedaran dan pembabitan dalam aspek keselamatan.