WAYTHA MOORTHY: DIDIK JANGAN HUKUM

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang bertanggungjawab terhadap Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial berpendapat, setiap individu wajar menyayangi diri sendiri dan sesama kaum.

Beliau juga berpandangan individu yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini perlu dididik dan bukannya dihukum.  Diberi panduan tentang kepentingan (perpaduan) sebagai rakyat Malaysia.

Kali pertama kesalahan sebaiknya diberi kaunseling terlebih dahulu daripada terus ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Mereka perlu dididik dan diberi kefahaman mengenai kepentingan perpaduan kaum di negara ini.

Menurut beliau, tindakan menghukum individu berkenaan hanya akan menimbulkan kemarahan pada dirinya dan tidak akan menghalangnya dari mengulangi kesalahan tersebut. 

Waytha mengulas perkara tersebut apabila ditanya oleh media mengenai pelbagai kenyataan oleh netizen yang boleh menimbulkan kemarahan kaum lain sejak kebelakangan ini.

Penyampaian beliau dalam Bahasa Malaysia beliau boleh dipuji berbanding Ahli Parlimen dan Senator kerajaan lain yang kadang-kala sukar difahami kerana mereka gagal berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Waytha wajar dicontohi oleh pemimpin kerajaan yang lain yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan apabila tidak berusaha untuk menguasainya sejak sekian lama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts