KERAJAAN MAHU PERANAN JAKIM DIPERLUAS, BANTU RANGKA DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

68
SHARES
218
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu kerajaan mahu memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan membantu merangka dasar pembangunan negara.

Anwar berkata beliau telah mengarahkan supaya peranan mufti, ulama ataupun tokoh di JAKIM selari dengan perkembangan ini supaya input mereka dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat serta darjat negara.

Dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 H/2023 di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi, Anwar turut berkata pihaknya telahpun bertemu dengan kepimpinan JAKIM dan mahu mereka membantu kerajaan melakar rangka pembangunan tersebut yang berteraskan Malaysia Madani. 

Menurutnya sebelum ini peranan JAKIM hanya berdakwah, memberi latihan serta menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran tetapi kurang berperanan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan MADANI.

Justeru itu, diharapkan dengan peranan baru ini JAKIM dapat terus diperkasa dalam membantu umat Islam di negara ini, In sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts