Beliau kononnya mempercayai Dr. Mahathir walaupun sebelum ini pada tahun 1998, Tun Mahathirlah dalang utama menjatuhkannya atas pertuduhan liwat yang akhirnya Anwar dipenjarakan kerana sabit atas kesalahan salah guna kuasa, yang mewujudkan gelombang reformasi.

Anwar juga mengaku terdapat pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Dr. Mahathir sedangkan beliau sendiri sedia maklum Azmin akan menentangnya secara terbuka.

Kenyataan terkini Anwar sebenarnya untuk melihat komitmen Tun Mahathir menunaikan janjinya kerana bukan lagi rahsia bahawa Azmin adalah calon kegemaran Perdana Menteri dan bukannya Anwar.

Anwar juga memberitahu, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mengganggu pentadbiran Dr. Mahathir selepas menjadi ahli Parlimen kelak dan beliau akan lebih memainkan peranan semak dan imbang terhadap reformasi institusi kerajaan.

“Saya berhasrat untuk berada di Parlimen yang terdekat pada Oktober ini melalui pilihan raya kecil.”

“Keputusan untuk aktif dalam Parlimen adalah strategik dalam aspek tiada yang membuat tanggapan bahawa saya cuba mengganggu dan menyukarkan Dr. Mahathir.”