Isu melibatkan ustaz-ustaz PAS iaitu ADUN Kubu Gajah Khalil Yahaya dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang juga bekas Timbalan Menteri Agama Marzuk Shaary ternyata amat memalukan apabila bukan sahaja berkongsi berita tidak benar malah memfitnah dengan berkata Teresa Kok dilantik Pengerusi FELDA.
Isu ini turut diulas dan dinasihatkan oleh Ustaz Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali agar jangan terlalu cepat mengulas dan semak dahulu atau ‘tabayyun’. Menurutnya juga, tidak rugipun tidak menjadi yang pertama berkongsi berita yang akhirnya ternyata palsu.
“Jangan cepat mengulas. Semak dulu kebenaran sesuatu berita. Apatah lagi seorang ahli politik bergelar ustaz. Islam mengajar kita mengambil sikap “tabayyun” menyemak dulu kebenaran.”
“Dalam dunia media baru yang tiada sempadan terlalu mudah satu berita palsu dilontar ke dalam group whatsap atau fb lalu dikongsi dan diulas.“
“Sebaiknya mengambil sikap ‘tawakkuf’, menangguh dan berhenti sejenak sehinga ternyata kebenaran berita. Tidak rugi pun tidak menjadi orang awal berkongsi berita apatah lagi apabila ternyata berita palsu.”
“Malah berita separa masak pun wajar ditangguh kerana kita mungkin mendapat atau melihat satu sisi sahaja yang tidak lengkap sehingga menimbulkan persepsi.“
Sangat jelas teguran dan nasihat beliau yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO kerana ini melibatkan dosa dan pahala yang tentunya PAS lebih arif berbanding yang lain seperti selalu didakwa mereka termasuk ada yang kata jika tidak undi mereka tidak masuk syurga atau akan masuk neraka – seolah-olah PAS itu ialah agama.
Justeru, bertabayyun, bertawakkuf dan takutlah dengan dosa fitnah wahai pemimpin-pemimpin PAS. Jangan lupa bahawa memfitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Selain itu, cubalah cerdik sedikit hatta tidak semakpun sudah boleh tahu berita Teresa dilantik Pengerusi FELDA itu sememangnya palsu.
Memalukan.