PERDANA MENTERI UMUM GERAN KHAS HASANAH BERJUMLAH RM50 JUTA

472
SHARES
1.5k
VIEWS

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah bagi membantu pembiayaan kepada masyarakat dan perusahaan. 

Geran yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4 merupakan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah itu diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan pembiayaan sekaligus dilihat mampu menjana ekonomi negara. 

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, “Saya amat menghargai sokongan serta kepimpinan Yayasan Hasanah dan Khazanah Nasional.”

Geran Khas Hasanah juga membolehkan pertumbuhan yang ketara bagi penjanaan pendapatan dalam kalangan masyarakat rentan.

Pengumuman tersebut dibuat dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Forum Hasanah dan Persidangan Global Asia Venture Philanthropy Network (AVPN) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts