RAFIZI JANGAN CIUM TANGAN MAHATHIR, ANWAR

374
SHARES
2.2k
VIEWS

Menarik pengakuan Rafizi Ramli yang baru sahaja dikenakan bon berkelakuan baik berbanding dipenjarakan atas pendedahan skandal NFC, apabila beliau menegaskan beliau akan mencium tangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekiranya hendak menjadi Menteri.

Sebaliknya beliau berjiwa besar memilih untuk tidak berbuat demikian berbanding ramai yang melobi untuk mendapatkan jawatan.

Inilah sikap pemimpin yang baik di mana beliau meletakkan prinsip di hadapan berbanding jawatan. Bahkan beliau sebaiknya kekal di luar kerajaan agar mampu melontarkan kritikan membina sekiranya perlu kelak. Beliau mempunyai INVOKE, jawatan dalam parti, maka gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Malah ianya senada dengan pendirian Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mana beliau inginkan kerajaan sentiasa dan terus dikritik demi menjadi sebuah kerajaan yang baik dan sentiasa telus berkhidmat untuk rakyat.

Kitapun tidak ingin melihat UMNO 2.0 di masa hadapan. Kita perlukan orang muda seperti Rafizi Ramli untuk terus bersikap kritis terhadap kerajaan.

Kalau semuanya menyertai kabinet, dilantik menjadi ketua GLC atau majlis penasihat, siapa lagi yang layak untuk mengkritik kerajaan ketika diperlukan?

Tidak usahlah kita mengharapkan Barisan Nasional menjadi pembangkang yang kuat dalam sesetahun pertama ini, mereka masih ‘culture shock‘ ditumbangkan oleh Pakatan Harapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts