YAB PERDANA MENTERI UCAP SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK

75
SHARES
241
VIEWS

Tarikh ini amat besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala 60 tahun yang lalu Sarawak mencapai kemerdekaannya dari penjajahan Inggeris pada 22 Julai 1963.

Tarikh ini juga menyaksikan Gabenor Inggeris yang terakhir Sir Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan kuasa pentadbiran Sarawak kepada rakyat (self rule) melalui Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.

Ingin saya tegaskan bahawa rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung seperti kata pepatah Melayu, “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.”

Tumpuan Kerajaan Perpaduan adalah bagaimana dapat dinoktahkan kemiskinan pada tahun ini, dan ini tentunya akan memberi manfaat kepada negeri Sarawak, serta jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.

Mewakili pihak kerajaan saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak.

Segulai Sejalai.

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts