PERKENAL BAHASA TAMIL DI SEKOLAH MENENGAH, KERAJAAN BERI JAMINAN KAJI SEMULA SYARAT

69
SHARES
222
VIEWS

Sewaktu YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Program Perasmian Penyelidikan Tamil Antarabangsa di Universiti Malaya (UM), beliau memberi jaminan kerajaan akan mengkaji semula syarat jumlah pelajar dalam memperkenal subjek Bahasa Tamil di sekolah menengah.

Beliau akui sedar antara masalah mengenai usaha itu termasuk berkenaan isu pengambilan tenaga pengajar untuk mata pelajaran Bahasa Tamil, namun berjanji kerajaan akan berusaha mengatasinya 

Di program tersebut, YAB Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Jabatan Pengajian India di Universiti Malaya (UM) bagi memartabatkan warisan linguistik dan kesusasteraan masyarakat India di negara ini.

Usai program tersebut, beliau sempat menyantuni Himpunan Komuniti dan Mahasiswa Malaysia MADANI bersempena Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2023. YAB Perdana Menteri berpesan agar gerakan mahasiswa harus memanfaatkan kemudahan dan ruang yang disediakan kerajaan dalam usaha memperjuangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan, rakyat dan negara.

Natijahnya, kemudahan dan ruang yang tersedia ketika ini jauh lebih baik berbanding ketika era beliau mengetuai gerakan mahasiswa suatu ketika dahulu yang seolah-olah tercari-cari petunjuk dan ruang untuk membawa suara rakyat.

Kepelbagaian dan kemudahan bahan rujukan seperti para ilmuan, ustaz dan pensyarah perlu digunakan sebaiknya, selain memanfaatkan kemudahan yang tersedia supaya perjuangan membela nasib rakyat dapat dipertingkatkan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts