DI BAWAH NAUNGAN PAYUNG TUANKU

349
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Kita harus sentiasa mempelajari sejarah dan mengambil iktibar darinya.

2. Kemelut politik yang menimpa sejak 2020 sehingga terbaharu selepas PRU-15 tahun lalu, membuktikan bahawa Institusi DiRaja bukan sekadar lambang adat semata-mata, sebaliknya menjadi kuasa semak dan imbang terakhir kepada sistem pemerintahan demokrasi negara.

3. Rakyat sendiri menjadi saksinya, Institusi DiRaja merupakan kuasa akhir yang menarik negara dan rakyat keluar dari ‘jalan mati’ ketika menempuh tempoh sulit dan kebuntuan.

4. Seperti prinsip kedua Rukun Negara, iaitu “Kesetiaan kepada raja dan negara” yang diikrar rakyat sejak kecil, rakyat kini pasti lebih sedar betapa Institusi DiRaja harus terus dipelihara dan dipertahankan.

5. Hanya mereka yang tidak faham atau tidak peduli akan kepentingan fungsi dan peranan Institusi DiRaja ini sahaja yang tergamak untuk memperlekeh bahkan menghina secara terbuka, tanpa rasa bersalah dan insaf.

6. Kuasa ini perlu terus ada untuk memainkan peranannya sebagai kuasa pengimbang dalam sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts