PROGRAM HIMPUNAN ANAK MUDA SIRI KE-3 DI MAAHAD HAFIZ, KLANG

70
SHARES
227
VIEWS

Program Himpunan Anak Muda (HAM) siri ke-3 telah berlangsung di Maahad Hafiz, Klang Selangor dengan kehadiran hampir 350 orang pelajar dan tenaga pengajar madrasah, pagi semalam.

Dalam program ini, pelajar disajikan dengan aktiviti demonstrasi pemadaman kebakaran dan pameran aset oleh pihak Bomba dan Penyelamat daripada Balai Bomba Kota Raja, Klang.

Selain itu, Jabatan Pertahanan Awam Klang telah mengujakan pelajar dengan demonstrasi haiwan berbisa dan juga taklimat ringkas mengenai bantuan kecemasan. Jabatan Kesihatan Daerah Klang pula telah membuat saringan kesihatan kepada pelajar dan tenaga pengajar madrasah berkenaan.

Pengisian lain dalam program kali ini ialah ceramah Tahsin Azan dan Etika Muazzin oleh Ustaz Mohd Shakir M. Salleh, Ketua Bilal Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Program yang bermatlamat menyantuni golongan muda ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Yosri Abu Mahsin, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program J-KOM mewakili Ketua Pengarah J-KOM.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pencetus Ummah Muhamad Hafiz Bin Muhamad Haneefa yang juga merupakan Mudir/Pengetua madrasah berkenaan. Majlis diakhiri dengan persembahan daripada Kumpulan Al-Firdaus yang merupakan pelajar madrasah ini.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana MenteriĀ 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts