PROGRAM MALAYSIA MADANI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

348
SHARES
2k
VIEWS

Dalam usaha untuk memberi kefahaman dan penjelasan serta perkongsian mengenai konsep Malaysia Madani, program Malaysia Madani Dalam Perkhidmatan Awam Peringkat Zon Selatan telah diadakan pada hari ini bertempat di Casa Legenda Convention Centre, Negeri Sembilan dengan kehadiran seramai 700 orang.

Kemuncak kepada program ini ialah sesi forum membincangkan mengenai Malaysia Madani dalam perkhidmatan awam. Selain itu diadakan juga slot ceramah mengenai ancaman keselamatan negara dan penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengerusi-pengerusi CUEPACS setiap negeri di zon Selatan.

Program ini turut dimeriahkan dengan gerai-gerai jualan dan pameran oleh agensi antaranya Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), produk penghuni Penjara Seremban, Farm Fresh, Perkeso Negeri Sembilan, Takaful Ikhlas, pemeriksaan kesihatan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Persatuan Amal & Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias, Ahli Parlimen Jelebu dan turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah J-KOM; YBhg Datuk Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia; dan Encik Abd Rahman Bin Nordin, Setiausaha Agung CUEPACS.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts