PEGUAM PERTIKAI KENAPA SPRM LEWAT AMBIL KETERANGAN HASANAH

362
SHARES
2.1k
VIEWS

Tindakan pegawai Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lewat dalam mengambil dan merekodkan kenyataan Datuk Hasanah Abdul Hamid walaupun sidang media SPRM telah dibuat pada Khamis lepas, dipersoalkan oleh peguam yang mewakili beliau.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz daripada Azam Aziz Shaharudinali & Co mempersoalkan mengapa Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM hanya mengambil keterangan anak guamnya hari ini walaupun beliau telah ditahan sejak Khamis lalu.

Hasanah yang merupakan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri, juga dikenali sebagai Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana AS$12 juta oleh pegawai risikan kerajaan.

“Untuk rekod anak guam kami direman lima hari sejak hari Rabu 29 Ogos dan hanya pada 1 September kenyataan beliau baru nak diambil SPRM.”

“Sedangkan pada 30 Ogos, SPRM dah buat sidang media memaklumkan penemuan duit berjuta-juta ringgit dan memberi gambaran seolah-olah anak guam kami telah menyelewengkan duit tersebut.”

“Ternyata inilah yang kami maksudkan sidang media SPRM berkenaan adalah bersifat prejudis terhadap anak guam kami dan dibuat secara semberono tanpa mengambil kira kenyatan pembelaan dari anak guam kami.”

Semasa sidang akhbar pada 30 Ogos lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki (gambar) menyatakan sejumlah wang berjumlah AS$6.3 juta telah dirampas dari beberapa lokasi dan tambahan AS$5 juta masih belum dikesan.

Jumlah terbesar rampasan ialah sebanyak AS$ 4.07 juta yang ditemui di sebuah kondominium di Cyberjaya berikutan penahanan seorang peniaga berusia 47 tahun di Kelantan, yang kononnya diberitahu oleh sumber bahawa  wang itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Timur Tengah.

Dalam satu kenyataan semalam, firma guaman Azam Aziz Shaharudinali & Co, memberi amaran kepada pihak berkuasa untuk tidak mengeluarkan kenyataan lanjut terhadap Hasanah dan sedang mengkaji tindakan undang-undang mengenai perkara itu.

Sebagai rekod tujuh bekas pegawai risikan yang telah direman pada Rabu lepas termasuk Timbalan Ketua Pengarahnya telah dibebaskan pada hari ini dengan ikat jamin.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts