ANWAR JELAS INISIATIF KERAJAAN, CABAR PEMBANGKANG ‘SERANG’, SANGGAH DENGAN FAKTA

74
SHARES
238
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan usaha membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam rangka jelajah di Negeri Sembilan. Di acara akhir di Labu semalam beliau meneruskan kempen penerangan terkait langkah serta pencapaian yang telah kerajaan lakukan dan laksanakan di peringkat Persekutuan dalam masa yang singkat.

YAB Perdana Menteri turut menjelaskan mengenai projek tebatan banjir yang telah diluluskan Kerajaan terdahulu tanpa melalui tender dan prosedur standard kewangan yang menelan belanja sebanyak RM15 bilion.

Setelah disemak dan ditender semula, Kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM1.8 bilion, dan penjimatan itu telah disalurkan sebanyak RM800 juta kepada kerajaan negeri Johor bagi menyelesaikan masalah banjir di Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Baki sebanyak RM1 bilion lagi telah beliau salurkan kepada kerajaan negeri Kelantan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di sana.

Saya sebut perkara ini sebagai contoh bukti bahawa ini gerak kerja Kerajaan selama 7 bulan di mana sekiranya tatakelola sesebuah Kerajaan itu baik, hubungan baik antara negeri dan Pusat dijaga dengan tertib, maka rakyat pasti mendapat dan menikmati hasilnya.

Ini adalah modal kami di pihak Kerajaan Perpaduan dalam siri kempen pilihanraya di enam negeri saat ini.”

Saya amat menggesa calon-calon Perpaduan yang bertanding untuk memperpanjang pencerahan ini kepada rakyat terutamanya mengenai senarai kejayaan dan pencapaian kita dalam tempoh singkat 7 bulan dan bandingkan dengan kegagalan mereka selama 33 bulan mentadbir, dan apakah mereka berani dan bersedia untuk mempertahankan dasar-dasar mereka.”

Cercaan dan sindiran mereka tapi kita mesti perlihatkan contoh serta budaya politik yang lebih matang, lantas tamadun yang madani dapat dipaculkan.

Justeru, YAB Perdana Menteri turut mencabar pembangkang agar ‘menyerang” kerajaan dengan fakta dan mempersilakan mereka untuk menyanggah mana-mana dasar Kerajaan Perpaduan yang dianggap zalim dan beliau bersedia menjawab dan pertahankan.

“Berani?” – soal YAB Perdana Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts