LAWATAN TIGA HARI SULTAN BRUNEI PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

470
SHARES
1.5k
VIEWS

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memperkenan lawatan selama tiga hari ke Malaysia, bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang belia dan sukan, serta kehakiman syariah yang dimeterai melalui dua memorandum persefahaman (MoU).

Terdahulu, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam majlis sambutan negara bagi meraikan baginda Sultan Brunei.

YAB Perdana Menteri dan baginda Sultan Brunei juga sempat menyaksikan perjanjian triti berkaitan Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP) yang antara lain dijangka mampu membentuk kerjasama yang cekap antara agensi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa perundangan kedua-dua negara.

YAB Perdana Menteri turut membawa baginda Sultan Brunei melihat sekitar Seri Perdana Putrajaya dalam suasana santai dan penuh harmoni serta memperkenal beberapa menteri kabinet kepada baginda dan delegasinya.

Hatta, dalam pertemuan empat mata pula, kami membincangkan hal terkait antara dua negara berjiran, di mana isu-isu pokok seperti kerjasama ekonomi dan pendidikan turut disentuh.

Adalah menjadi harapan agar kesemua perkara dibincangkan dan dimeterai semalam memacu kerjasama lebih erat dan pemangkin kepada hubungan setiakawan antara Malaysia-Brunei yang lebih rapat di masa hadapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts