Sebenarnya tidak ada apa yang menarik yang boleh diperolehi dari program debat antara YB Rafizi Ramli dan YB Syahir Sulaiman.
Kedua-dua belah pihak baik dari Rafizi Ramli yang mewakili kerajaan mahupun Syahir Sulaiman yang mewakili pembangkang masih gagal memahami realiti ekonomi hari ini apatah lagi di masa akan datang.
Rafizi Ramli sebagai seorang politikus yang berpengalaman seperti yang diduga telah berjaya menguasai pentas debat dengan baik. Manakala Syahir Sulaiman walaupun masih bertatih di pentas debat berjaya muncul dengan model baharu ekonominya.
Apapun belum pasti model baru yang dicadangkan itu boleh berjaya seperti yang beliau harapkan dalam “real economic situation” baik untuk masa kini mahupun pada masa akan datang.
Ini bukan soal kerangka atau struktur ekonomi, ini isu yang sudah basi dan ketinggalan zaman. Ini soal “what works and doesn’t work in real economic situation” seperti hari ini.
Ini soal apa formula yang terbaik untuk keluar dari kemelut ekonomi pada masa ini. Ini juga soal mengenai sumber pendapatan baharu negara bagi mengatasi hutang sebesar RM1.5 trilion dan bajet defisit selama 25 tahun.
Ini kerana keadaan ekonomi pada hari ini dan akan datang belum pernah ditulis dalam mana-mana buku ekonomi oleh pakar-pakar ekonomi. Jadi kalau hanya memahami ekonomi sekadar melalui buku-buku ekonomi yang ada mana mungkin ia mampu menyelesaikan krisis ekonomi yang sedang dihadapi.
Kita juga sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi yang luar biasa. Maka sudah tentu solusinya juga harus bersifat luar biasa. Atas dasar itu saya tidak yakin ada mana-mana kerajaan politik di dunia ini yang sanggup melakukan pendekatan yang radikal dalam dasar-dasar ekonomi mereka kecuali negara seperti China dan Vietnam.
Namun cukup menarik apabila Syahir Sulaiman berjaya membuktikan bahawa model ekonomi Malaysia Madani hanyalah “copy-paste” dari IMF. Sekaligus ini membuktikan bahawa kita akan terus menjadi seperti lembu yang dicucuk hidungnya oleh para elit global yang menguasai ekonomi dunia melalui kartel perbankan.
Menyedari hakikat ini, maka sejak awal 2020 lagi saya sudah menyarankan agar Parlimen digantung dan sebuah “caretaker government” dibentuk untuk menstabilkan politik dan memulihkan kembali keadaan ekonomi negara akibat dari krisis kesihatan iaitu plandemik Covid-19.
Sebagaimana yang saya sering ungkapkan bahawa krisis kesihatan Covid-19 ialah tajaan para elit global untuk mereset sistem monetari global bagi tujuan untuk mengimplementasikan mawatang digital. Sekiranya perkara ini gagal difahami oleh para pembuat dasar maka selamanya kita akan terus menjadi pengikut dan pak turut kepada para elit global.
Kesimpulan saya, kita tidak perlukan model baharu ekonomi tetapi kita perlukan formula baharu untuk keluar dari kemelut politik dan ekonomi yang sedang dihadapi. Oleh kerana itu dari awal lagi saya sarankan agar kita belajar dari negara China.
Kita perlu tahu apa formula yang digunakan oleh mereka sehingga dalam masa hanya 40 tahun sahaja mereka berjaya mengeluarkan 800 juta rakyatnya dari paras kemiskinan menjadi golongan pertengahan.
Hanya dalam tempoh 40 tahun juga mereka sudah mampu menyaingi kedudukan ekonomi Amerika Syarikat. Menjelang tahun 2050 saya yakin China akan menjadi kuasa terbesar ekonomi dunia. Justeru kita jangan malu belajar dari negara yang sudah terbukti berjaya.
Akhir kalam, dubur ayam yang mengeluarkan telur itu lebih mulia dari mulut para politikus yang hanya menjanjikan telur.
Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis politik & ekonomi bebas