KERAJAAN PRIHATIN NASIB, KEBAJIKAN P-HAILING

333
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan perjumpaan dengan 24 syarikat pengendali perkhidmatan parcel hailing (P-Hailing) susulan komitmen yang beliau berikan semasa perjumpaan bersama rakan-rakan penghantar pada 22 Julai lalu.

Menteri Pengangkutan, Menteri Komunikasi dan Digital, Menteri Sumber Manusia serta Pegawai Kanan Kementerian turut hadir dalam sesi ini. YAB Perdana Menteri telah menyampaikan keluhan penghantar terkait dengan isu kadar upah penghantaran.

Semasa sesi ini, lima orang wakil daripada penghantar turut sama hadir bagi menyatakan pandangan dan mendengar maklum balas pihak syarikat.

Perbincangan antaranya berkisar tentang pendapatan penghantar, jaringan keselamatan sosial serta keperluan latihan peningkatan kemahiran (upskilling). Kerajaan turut mendengar pandangan dan aduan daripada syarikat pengendali yang beroperasi di luar Lembah Klang yang tertumpu kepada perkhidmatan di luar bandar.

Setelah mendengar pandangan kedua-dua belah pihak, Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi inisiatif dan latihan peningkatan kemahiran (upskilling) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia.

Kesemua syarikat pengendali telah memberikan komitmen untuk lebih telus dalam penentuan dan pengiraan upah serta meneliti dan memperhalusi lebih lanjut akan pandangan daripada pihak penghantar berhubung penentuan dan pengiraan kadar upah.

Penelitian lanjut ini penting, bahawa dalam menambah baik kadar upah penghantar, kepentingan pengguna khususnya di kawasan luar bandar harus kekal diutamakan agar tidak terbeban di samping turut mengambil kira keupayaan syarikat.

Ikhtiar ini membuktikan Kerajaan Perpaduan peka dan mengambil berat akan kepentingan semua pihak dalam meningkatkan penjanaan pendapatan rakyat dan memastikan kesinambungan perniagaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts