1. Dasar yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini adalah usaha bagi mengekang keciciran di kalangan pelajar
2. Sekiranya dasar ini diperkenalkan, pendidikan akan diwajibkan sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
3. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata negara juga berdepan dengan masalah enrolmen di peringkat prasekolah dan sekolah menengah, tetapi tidak bagi sekolah rendah.
4. Sebagai langkah intervensi awal dan mengelak keciciran murid di peringkat pendidikan kanak-kanak, KPM memperluaskan bilangan prasekolah dengan menambah 118 prasekolah baharu tahun ini.
5. Dalam isu pendidikan ini, intervensi awal penting kerana ia membantu mengenal pasti keperluan kanak-kanak dari usia empat hingga enam tahun
6. Sekaligus mengelak keciciran murid termasuk golongan berkeperluan pendidikan khas.
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri