• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Wednesday, September 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PERMUDAHKAN URUSAN PEMBELAJARAN PdPR MELALUI TELEVISYEN DI RUMAH

Elak ibu bapa terbeban, terutamanya rakyat di pedalaman, serta memudahkan ibu bapa menyusun masa masing-masing

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
January 22, 2021
in Pendidikan, Utama
0
PERMUDAHKAN URUSAN PEMBELAJARAN PdPR MELALUI TELEVISYEN DI RUMAH
39
SHARES
436
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN WIRAWATI PUTRA MALAYSIA 

22 Januari 2021

Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia berasa sedih dengan rungutan dan luahan ibu bapa di Malaysia terutama mereka yang memiliki anak ramai bersekolah secara serentak mahupun golongan B40 yang kesusahan dan M40 yang bekerja keras mencari rezeki demi menampung keperluan sekolah anak anak.

2. Sejak PKP dilaksanakan akibat kes Covid-19 yang tinggi setahun lalu ramai ibu bapa yang kehilangan pekerjaan, terbeban dengan tanggungan hutang mahupun mendapat gaji jauh lebih rendah dari sebelumnya. Pembelajaran atas talian yang terpaksa dilakukan demi memenuhi kehendak capaian silibus subjek persekolahan sebenarnya amat membebankan ibu bapa yang tergolong seperti dinyatakan di atas.

3. Ibu bapa terpaksa membeli telefon pintar atau komputer riba dan data internet untuk setiap anak yang bersekolah kerana amat sukar bagi mereka berkongsi peralatan itu jika kelas PdPR dilakukan secara ‘live stream‘. Pembelajaran kelas online tidak begitu mesra rakyat jika ramai ibu bapa berasa terbeban untuk menyediakan data internet dan pelbagai kemudahan streaming walaupun kerajaan Malaysia mengumumkan PENJANA untuk bantuan data internet.

4. Inilah masanya stesen televisyen nasional, swasta serta satelit menyalurkan kebajikan korporat atas rasa tanggungjawab untuk mengadakan beberapa saluran khas TV pendidikan wajib khas untuk subjek darjah 1 hingga ke tingkatan 6. TV Pendidikan secara integrasi yang merakam dan menyiarkan subjek dalam bentuk rakaman mampu diulang oleh pelajar dan menjimatkan masa ibu bapa terutama yang berhempas-pulas mencari rezeki.

5. Data internet, keperluan membeli telefon bimbit baru boleh dikurangkan dan ibu bapa lebih mudah menyusun jadual anak-anak bagi sesi PdPR.

6. Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan Jawatankuasa Saluran TV Pendidikan untuk mengolah sistem PdPR yang lebih efisen, jimat serta tidak membebankan ibu bapa terutama yang keduanya bekerja dan tidak mempunyai lebihan telefon bimbit mahupun komputer riba.

7. Kementerian Pendidikan perlu bersikap lebih empati dalam menyusun atur PdPR yang lebih mesra ibu bapa dan anak-anak secara rakaman dan siaran berulang supaya hanya satu televisyen sahaja diperlukan untuk mereka yang memiliki anak-anak yang bersekolah untuk bergilir-gilir mengikut subjek wajib setiap hari.

8. Inilah masanya saluran satelit mahupun swasta memberi khidmat bakti kepada negara dengan membantu rangkaian TV Nasional untuk menyalurkan kelas online darjah 1 hingga tingkatan 6 kepada semua pelajar di Malaysia.

9. Capaian internet yang lemah di pedalaman Sabah dan Sarawak khususnya dapat menarik nafas lega jika sistem pembelajaran secara online boleh dimanfaatkan secara terus dari kaca televisyen sedia ada demi mempermudahkan urusan anak-anak Malaysia menuntut ilmu ketika Covid-19 serta meringankan kos kewangan ibu bapa yang sedia terbeban.

10. Kementerian Pendidikan perlu mengambil kira keperluan Covid-19 mungkin akan berlarutan dan menimbang kos pendidikan anak anak bersama tambahan pembelajaran secara online yang rata-rata masih belum boleh diaplikasi kepada semua rakyat di Malaysia terutama yang tidak berkemampuan mahupun ketinggalan dalam kemahiran teknologi. Jangan biarkan anak-anak keciciran ilmu pendidikan. Maksimumkan segala pendekatan yang wajar.

Wirawati PUTRA peduli.

Dr.Asmah Razalli

Ketua Wirawati Putra Malaysia

Tags: Dr. Asmah RazalliKementerian Pendidikan MalaysiaPendidikan OnlineWirawati PUTRA
Previous Post

ADAKAH PKP AKAN DISAMBUNG SETIAP MINGGU?

Next Post

BUKA MASJID – MOGA MENJADI PENYELESAIAN KRISIS

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

DASAR MEWAJIBKAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH BAKAL DIMUKTAMADKAN

DASAR MEWAJIBKAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH BAKAL DIMUKTAMADKAN

August 11, 2023
CUACA PANAS: KPM BENAR MURID, GURU PAKAI BAJU SUKAN

CUACA PANAS: KPM BENAR MURID, GURU PAKAI BAJU SUKAN

May 3, 2023
WIRAWATI PUTRA SOKONG PeKT DITUTUP, SALUR DANA BAGI MEMBANTU RAKYAT

WIRAWATI PUTRA SOKONG PeKT DITUTUP, SALUR DANA BAGI MEMBANTU RAKYAT

January 3, 2022
KERAJAAN DIGESA BERI TUMPUAN SERIUS KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN – WIRANITA PUTRA

KERAJAAN DIGESA BERI TUMPUAN SERIUS KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN – WIRANITA PUTRA

June 1, 2021
PKP 3.01: WIRAWATI PUTRA GESA KERAJAAN UTAMAKAN NYAWA DAN KESELAMATAN RAKYAT

PKP 3.01: WIRAWATI PUTRA GESA KERAJAAN UTAMAKAN NYAWA DAN KESELAMATAN RAKYAT

May 23, 2021
PKP 3.0 MEMBIMBANGKAN, RAKYAT AMAT TERKESAN – WIRANITA PUTRA

PKP 3.0 MEMBIMBANGKAN, RAKYAT AMAT TERKESAN – WIRANITA PUTRA

May 20, 2021

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In