KERAJAAN PERLU TAMBAH PERUNTUKAN UNTUK 1.7 JUTA MURID TIADA AKSES KEPADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

417
SHARES
2.5k
VIEWS

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat prihatin dengan laporan media mengenai dapatan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menunjukan 37 peratus daripada lebih 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti bagi sesi pembelajaran dalam talian.

2. Angka ini bersamaan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka belajar dalam talian akibat penutupan sekolah sehingga Januari tahun hadapan.

3. Belanjawan 2021 ada menyentuh secara langsung bantuan kepada kelompok pelajar terbabit melalui inisiatif GLC/GLIC di bawah seliaan Yayasan Hasanah yang akan menyumbang RM150 juta kepada Dana Cerdik untuk memberi komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah perintis.

4. Walaubagaimanapun, inisiatif Yayasan Hasanah itu hanya menampung tidak sampai 9 peratus daripada 1.7 juta pelajar terbabit yang sebahagian besarnya adalah daripada kelompok B40 iaitu keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang RM4,800 sebulan.

5. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan dapat menilai semula keperluan ini dengan menambah peruntukan kepada KPM bagi memastikan 1.7 juta pelajar ini tidak dinafikan hak mendapat akses kepada pendidikan dalam suasana norma baharu pembelajaran dalam talian di kala pandemik Covid-19 ini.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

23 November 2020

Rujukan:
https://www.sinarharian.com.my/article/111479/BERITA/Nasional/17-juta-pelajar-miskin-digital?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts