YAB PERDANA MENTERI RAI KUNJUNGAN WANG YI, PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

67
SHARES
217
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi yang mengadakan lawatan ke Malaysia dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.

Dalam pertemuan itu YAB Perdana Menteri ditemani oleh Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Sayugia, pertemuan itu menandakan kepentingan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, yang menyaksikan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$110.6 bilion (RM488 bilion) pada 2022.

Dari segi pelaburan pula, China merupakan pelabur langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia pada tahun lepas dengan pelaburan berjumlah AS$12.5 bilion (RM55.16 bilion).

YAB Perdana Menteri turut dimaklumkan, jumlah eksport ke China meningkat 9.4 peratus kepada RM210.62 bilion (AS$47.84 bilion) pada 2022 manakala import dari China menyaksikan peningkatan 20.7 peratus kepada RM276.50 bilion (AS$62.78 bilion) pada tahun yang sama.

Selain itu, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan, menandakan persahabatan yang lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.

YAB Perdana Menteri berharap hubungan kedua-dua negara ini terus kekal utuh dan harmoni, Insya-Allah.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts