HAYATI AL-QURAN RISALAH ALLAH, JADIKAN AMALAN

64
SHARES
208
VIEWS

Baru-baru ini di majlis pembukaan acara tilawah Al Quran, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghimbau peranan besar Al-Quran sebagai risalah Allah SWT kepada manusia serta sejarah majlis yang dianjurkan saban tahun ini.

Beliau membentangkan hujah bahawa Al-Quran tidak hanya bahan bacaan semata, tetapi ia adalah untuk dipraktik oleh semua kita, dan ia kekal menjadi tantangan umat manusia hari ini.

Fenomena atau gagasan Islamofobia yang cuba dipaksakan ke atas kita juga semakin menyemarak tatkala keindahan Al-Quran dan Islam itu belum cukup diungguli serta disikapi dengan cermat.

Menelusuri sejarah dengan mengutip apa yang pernah diungkapkan Lord Allenby setelah berjaya merenggut Kota Baitulmaqdis dari Turki Uthmaniyyah, “The wars of the crusades are now complete” juga menjadi antara asas kepada kebencian yang kita saksikan hari ini.”

YAB Perdana Menteri juga menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan mengecam serta mengutuk insiden pembakaran Al-Quran yang pada saat ini masih berlaku di Sweden.

Sebagai masyarakat dan umat yang tertegak dengan hujah dan mencintai keamanan, gejala seperti itu mesti dibenam dan disikapi dengan hikmah dan bertanggungjawab.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts