Pemimpin Umno diminta tidak lagi meniupkan sentimen perkauman dan belajar membangkitkan isu secara matang jika mahu menebus kredibiliti mereka, kata Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).
Sebagai contoh, kata Presiden Patriot, Datuk Mohamed Arshad Raji, Himpunan Melayu Bangkit yang dianjurkan oleh pemimpin UMNO di Pasir Salak pada Sabtu lalu adalah cubaan menjejaskan perpaduan di negara ini.
“Patriot menggesa pemimpin UMNO ini untuk bertindak sebagai ahli politik matang dan menyuarakan isu-isu kebangsaan dan sosial dengan baik dan ini cara terbaik untuk menebus kredibiliti mereka.”
“Mereka perlu berhenti mengapi-apikan isu-isu yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan penduduk Malaysia. Jika tidak, parti berpaksi bangsa dan agama ini akan segera terkubur.”
Apa salahnya seorang Melayu bercakap mengenai hak bangsanya sendiri seperti kaum Cina di Malaysia yang sering memperjuangkan hak mereka? Selagi tidak memperlekehkan bangsa dan kepercayaan lain.
Jika LGBT boleh cuba mendapatkan ‘hak’ mereka dan semua rakyat diminta menghormati mereka apatah lagi perjuangan demi kaum dan agama?
Arshad dan Patriot sentiasa bercakap berat sebelah, sama seperti ketika beliau membuat kenyataan berkaitan kes surat Datuk Hasanah Abdul Hamid ke Pengarah CIA yang kononnya satu pengkhianatan kepada negara. Sedangkan konteks surat tersebut meminta Amerika agar ‘menyokong’ walaupun kerajaan menang tipis kerana kita ketahui Amerika melalui CIA akan membuatĀ
Namun beliau hanya berdiam diri apabila timbul isu Pengarah Institut Republikan Antarabangsa (IRI) mengaku membiaya pembangkang sejak 2002 dan mempengaruhi kerajaan baharu dalam membuat keputusan, sedangkan ini adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.
Kenapa Arshad dan Patriot bersikap berat sebelah dan tidak seimbang dengan menyatakan kebenaran dan tidak perlu memihak? Ini kerana Arshad juga memperjuangkan ‘survival‘ persatuannya dan tidak ada salah dengan perkara tersebut sama seperti UMNO.
Arshad sewajarnya menasihati kerajaan agar berfungsi dengan berkesan kerana jika sesebuah kerajaan gagal berfungsi seperti yang sepatutnya maka akan menimbulkan musibah yang besar buat negara berbanding pembangkang tidak berkesan.
“Tinggalkan taktik tidak sihat dengan meniupkan isu agama dan kaum. Berfungsilah sebagai pembangkang yang berkesan.”
Sebagai sebuah persatuan bekas veteran pasukan keselamatan, Patriot wajar memainkan peranan lebih penting dengan mendesak kerajaan agar tidak mengabaikan aspek keselamatan negara seperti Menteri Pertahanan membocorkan maklumat kekuatan tentera, pengunduran tentera Malaysia daripada membantu tentera di bawah Pakatan Kerajaan Arab Saudi, isu maklumat mengenai unit risikan negara yang disensasikan serta isu Pakatan Harapan dinaungi oleh IRI dan CIA sejak sekian lama.
Ini yang sepatutnya Patriot perjuangkan dengan konsisten dan bukannya sering membuat kenyataan berbaur politik demi untuk mengampu kerajaan.