KERJASAMA PH-IRI: PATRIOT WAJAR DESAK KERAJAAN

518
SHARES
1.7k
VIEWS

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk persatuan veteran tentera bersara iaitu Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) melalui Presidennya Datuk Mohamad Arshad Raji, menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan berhubung dakwaan bahawa Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri atau nama rasminya Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) telah menulis surat kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat atau CIA, Gina Haspel.

Menurut PATRIOT, surat tersebut bersifat ‘menghasut’ dan ‘pengkhianatan’ kepada negara. Isi kandungan surat tersebut sekiranya dibaca dengan menyeluruh, pihak MEIO meminta CIA agar menyokong (atau secara retoriknya jangan mengganggu) kerajaan Barisan Nasional walaupun menang dengan hanya ‘berbeza satu kerusi’.

Ini menunjukkan ketegasan kerajaan Barisan Nasional ‘tidak mahu diganggu’ yang dinyatakan secara lembut kerana semua negara di dunia tahu Amerika Syarikat suka mencampuri, menguasai dan mempengaruhi negara lain melalui agensi risikan mereka iaitu CIA.

Ini jelas lebih membimbangkan berbanding isu surat ditulis agensi perisikan negara kepada CIA tersebut kerana terdapat pengakuan ‘menjatuhkan kerajaan’ dan campur tangan secara langsung dalam proses pilihanraya umum walaupun alasan mereka kerana kerajaan ketika itu mengamalkan korupsi dan kleptokrasi.

Persoalannya adakah kini Datuk Mohamad Arshad Raji dan PATRIOT berani menggesa kerajaan menyiasat perkara ini seperti mana gesaan mereka terhadap surat MEIO kepada CIA tersebut?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts