Mahasiswa yang bertemu dengan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik hari ini, kecewa dan kesal kerana tuntutan mereka agar Maszlee meletakkan jawatan serta merta sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah ditolak oleh beliau.
Mahasiswa universiti tersebut yang diketuai oleh Asheeq Ali Sethi Alivi bersama sekumpulan 10 orang penuntut universiti membuat desakan tersebut semalam.
Aktivis mahasiswa tersebut kemudiannya memberikan tempoh tujuh hari kepada Maszlee supaya meletakkan jawatan
Tarikh akhir itu diberikan dalam mesyuarat tertutup antara Maszlee dan mahasiswa berkenaan di Restoran Amjal, di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur.
“Pertemuan itu berakhir dengan kami memberikan tempoh tujuh hari (bermula hari ini) untuk segera meletakkan jawatan atau kami akan mengumpul dan mengegrakkan lebih ramai orang untuk melawan beliau.”
Asheeq berkata Menteri Pendidikan memberikan alasan tidak wajar untuk kekal sebagai presiden UIAM seperti “membuat perubahan dari dalam” kerana universiti awam patut bebas daripada lantikan politik.
Sebagai rekod, Maszlee menjelaskan pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM datangnya daripada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagaimana nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dinyatakan beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan berasingan.