125 HARI MEMERINTAH NEGARA, KERAJAAN PAKATAN AMAT MENGECEWAKAN RAKYAT DAN NEGARA

369
SHARES
2.2k
VIEWS

125 HARI MEMERINTAH NEGARA, KERAJAAN PAKATAN AMAT MENGECEWAKAN RAKYAT DAN NEGARA

1. Kerajaan Pakatan baru memerintah negara Malaysia selama 125 hari tetapi terus menerus mengecewakan rakyat Malaysia.

2. Pertukaran CUKAI dari GST kepada SST tidak menyebabkan barang-barang keperluan isi rumah turun. Malah semakin naik. MASALAH KOS SARA HIDUP tidak selesai. Gimik pilihanraya Pakatan hanya tinggal gimik.

3. Di zaman Najib Razak BR1M dibayar tinggi. Di zaman Dr. Mahathir BR1M akan dibayar sedikit.

4. Alasan diberi kerajaan Pakatan kata mereka tak ada duit. Hutang negara banyak.

5. RAKYAT DI KAMPUNG KATA, Hutang Negara banyak tak mengapa. NAJIB RAZAK pandai cari duit. Bayar Hutang & bagi BR1M tinggi. Bantu orang susah di kampung dan luar bandar.

6. Kenapa Dr. Mahathir dikelilingi dengan penasihat yang pandai-pandai dan kaya raya seperti Tun Daim & Kuok tak pandai cari duit untuk rakyat miskin. Hairan orang kampung tengok.

MASALAH MORAL PEMIMPIN DAN PEGAWAI-PEGAWAI MENTERI KERAJAAN PAKATAN

7. Bagaimana dengan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan menerima RM800 ribu dari kontraktor Kementerian Pertahanan. Ini salah laku atau rasuah? Bagaimana dengan moral Menteri Pertahanan dengan kekasihnya bernama Zaza? Kita akui, Mat Sabu boleh bernikah lagi.

8. Bagaimana dengan SALAH LAKU JENAYAH, Pegawai Khas Timbalan Menteri Dalam Negeri? Yang sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi melakukan jenayah. Merakam video skirt peniaga kedai cermin mata (kesalahan jenayah seksual).

9. Bagaimana dengan Menteri Sumber Manusia yang mengambil ahli politik dari parti DAP sebagai Setiausaha Politik yang mempunyai masalah rumah tangga sehinggakan isteri sendiri viralkan video dan gambar-gambar suami bersama kekasih di bilik kamar?

10. Bagaimana pula, kenyataan berani daripada Tun Abdul Hamid yang kritik Peguam Negara yang melepaskan Lim Guan Eng daripada dibicara kes rasuah banglo di Pulau Pinang?

11. Bagaimana, kenyataan berani bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib yang mengatakan:
SAYA TIDAK PERNAH TARIK BALIK KES JENAYAH YG SEDANG BERJALAN DI MAHKAMAH

12. Kerajaan Pakatan Harapan ini, jelas kehilangan arah tujuan.

13. Kerajaan Pakatan ini, jelas dianggotai (Menteri, Timbalan Menteri & pegawai Menteri) yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir negara, tidak mempunyai nilai moral yang tinggi, tidak mempunyai idea yang baru. Tidak mempunyai sesuatu yang baru yang boleh membantu rakyat miskin, rakyat susah dan rakyat yang merempat.

14. Yang Kerajaan Pakatan tahu, Najib Razak adalah seorang yang melakukan segala-gala kesalahan.

15. Walaupun selama 61 tahun UMNO memerintah, negara kaya, rakyat senang dan segala-galanya mudah dan harmoni, kini negara miskin, rakyat susah dan negara kelam kabut.

16. Semuanya salah Najib Razak.

17. Yang peliknya, zaman Najib Razak penuh dengan kemakmuran.

18. Zaman Mahathir, 2 kali negara dilanda KRISIS KEWANGAN DAN KRISIS EKONOMI dan kali ini, Negara hampir-hampir nak BANGKRAP, KATA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA.

19. Rakyat keliru, yang mana satu yang mahu percaya?

20. Kepada ALLAH SWT KITA BERSERAH, untung nasib bangsa dan negara yang kita sayangi ini.

SALAM,
ANAK KAMPUNG SG. TUNGKU
13 September 2018

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts