PERKASA: CALON PENGERUSI MARA MESTI MAMPU BELA BUMIPUTERA

100
SHARES
323
VIEWS

PENGERUSI MARA

12 September 2018

Menyokong Pengerusi MARA bukan orang seperti Tan Sri Annuar Musa. Oleh itu pemilihan perlu melalui bedah siasat terperinci terhadap calon yang dikenal pasti. Ini kerana pada mulanya nampak jujur dan rambut semua hitam tetapi apabila dapat jawatan, bermulalah agenda kepentingan diri dan kroni.

Janganlah sampai pisang berbuah dua kali. Carilah calon yg sudah teruji dan rekod cemerlang. Contoh calon seperti Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali yang terbukti mempunyai rekod yang bersih dan terpuji.

Tiada persepsi rasuah sedikitpun dan tidak kedengaran menyalah guna kuasa sepanjang berada dalam kerajaan dan sebagai Ahli Parlimen 3 penggal, juga sebagai Timbalan Menteri dan berbagai jawatan dalam agensi kerajaan.

Semangat jati diri dan kecekalannya memperjuangkan nasib bangsa dan mempertahankan kemulian Islam sukar ditandingi oleh mana-mana pihak dan boleh dijadikan contoh terbaik.

Malah sifat pemurah dan sanggup berkorban harta benda, masa dan tenaga demi perjuangan bangsa amat luar biasa. Tengok 10 tahun memimpin Perkasa dan bagaimana kebajikan rakyat Pasir Mas ditatang seperti minyak yang penuh.

YAB Tun Dr. Mahathir pernah berkata sebelum PRU-13 pada perhimpunan di Shah Alam, jika ada 10 orang macam Ibrahim Ali pasti Malaysia lebih selamat.

Sifat “Berjiwa Rakyat” Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali juga sukar ditandangi ketika membantu dan menolong rakyat. Terkenal sebagai bukan setakat pandai beretorik dan berpidato sahaja tetapi juga dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau juga penuh dengan idea-idea bernas untuk memajukan bangsa.

Oleh itu, YB Menteri Luar Bandar carilah calon seumpama Dato Paduka Dr Ibrahim Ali kalau MARA mahu berjaya dan Bumiputra terbela.

Pasti ada calon seumpama ini dan yang penting jangan gopoh dan betul-betul teliti dalam membuat keputusan.

Harapan Bumiputra tinggi menggunung dan jangan dikecewakan.

#TOLAKHIPOKRASI

Oleh Sharol Shamsuddin
Seremban, Negeri Sembilan

(Dipetik melalui laman Facebook Perkasa)

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts